HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Tiga beranak rentung dalam kebakaran di Batu Sapi
Published on: Saturday, February 22, 2020
By: Mardinah Jikur
Text Size:


KEADAAN di lokasi kebakaran.
SANDAKAN: Tiga beranak rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan kira-kira 20 buah rumah setinggan Kampung Sheng Kee, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, berkata mangsa rentung yang ditemui di lokasi kejadian itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun, Afikah Sulaiman, serta dua anaknya Nurul Katrishah binti Aiman, 3, dan  Mohd Sharil, 1. Ketiga-tiga mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk bedah siasat.

Seorang lagi mangsa melecur, dipercayai bapa kepada wanita itu dan dirawat di di hospital sama.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Martin Thomas, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Api dapat dikawal pada jam 7.36 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.31 pagi.

Martin berkata, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. 


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular