Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Kerajaan prihatin kesihatan rakyat: Shafie
Published on: Sunday, February 23, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kerajaan prihatin  kesihatan rakyat: Shafie
SEMPORNA: Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai strategi melalui program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat kata Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Afdal.

Shafie berkata kerajaan prihatin terhadap aspek kesihatan rakyat dan oleh itu pelbagai program kesihatan telah dirancang oleh kerajaan.

Katanya, program Jelajah Kampungku Sihat merupakan salah satu program kesihatan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Kami sedar terhadap keperluan pemeriksaan kesihatan yang perlu ditingkatkan kerana kita percaya pengesanan awal NCD adalah sangat penting.

“Oleh itu, saya berharap rakyat di sini akan mendapat manfaat daripada program hari ini,” kata Shafie dalam ucapannya.

Ucapannya disampaikan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon semasa pelancaran program Jelajah Kampungku Sihat, di sini, Sabtu.

Program itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata NCD adalah antara punca utama kematian dan beliau menyeru rakyat untuk menggunakan klinik kesihatan yang dibina oleh kerajaan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan awal untuk mencegah kematian.

Katanya kerajaan sangat prihatin dengan kesihatan orang ramai dan berharap orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan yang perlu dengan menjalankan pemeriksaan awal.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menggesa orang ramai terutamanya kumpulan B40 untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kerana ia percuma.

Beliau menambah bahawa kemajuan hospital-hospital canggih, penyediaan kepakaran dan ubat-ubatan akan terus menjadi isu jika aspek pencegahan tidak diberi perhatian.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Christina Rundi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here