Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Kepimpinan wanita perlu sebagai galakan: Phoong
Published on: Sunday, February 23, 2020
By: Ottey Peter
Text Size:

Kepimpinan wanita perlu sebagai galakan: Phoong
KOTA KINABALU: Kepimpinan wanita perlu sebagai galakan kepada wanita lain, terutamanya generasi muda, untuk meningkatkan kedudukan di mana mereka boleh membuat keputusan dan berunding mengenai isu-isu berkaitan mereka.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Ginger Phoong Jin Zhe berkata untuk mencapainya, pemkasaan wanita adalah satu keperluan dalam membangunkan potensi penuh mereka sebagai pemimpin dan warga negara yang aktif.

Beliau berkata apabila kanak-kanak atau wanita muda dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, mereka boleh mengambil peranan kepimpinan apabila peluang itu muncul.

“Kita perlu menggalakkan dan membolehkan lebih ramai generasi muda terutamanya kanak-kanak perempuan mengambil kedudukan kepimpinan. Potensi wanita harus dimaksimumkan untuk faedah semua, bukan hanya untuk masyarakat tetapi juga Negara.

“Gender tidak sepatutnya menjadi faktor sama ada seseorang boleh menjadi pemimpin atau tidak. Kebolehan kepimpinan seseorang bergantung kepada kekuatan dan sikap masing-masing. Contohnya seperti Sanna Marin, Perdana Menteri Finlan yang termuda dan dia seorang wanita,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia peringkat negeri yang diadakan di Wisma Pandu Puteri di sini, Sabtu.

Kira-kira 1500 ahli pandu puteri telah menyertai acara itu.

Phoong berkata sambutan itu boleh membina dan mengekalkan hubungan antara ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Persatuan Pandu Puteri adalah gerakan global yang merayakan pelbagai latar belakang dan pengalaman, dan semua ahli dapat belajar banyak tentang diri mereka, orang lain, dan dunia dengan berkomunikasi dan berkongsi pengalaman.

“Ini membawa kepada peranan mereka dalam menganjurkan aktiviti dan program yang berkaitan, dan memberi kesan kepada ahli-ahlinya dan komuniti yang lebih luas. Ia juga membolehkan mereka menjadi dinamik dan memenuhi cabaran dan keperluan semasa,” katanya.

Turut hadir Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah Datuk Naomi Chong dan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here