Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


SLBA senarai pendek 18 atlet untuk Sukma Johor
Published on: Sunday, February 23, 2020
Text Size:

SLBA senarai pendek 18 atlet untuk Sukma Johor
KOTA KINABALU:  Persatuan Boling Padang Sabah (SLBA) telah mengeluarkan nama 18 atlet yang disenarai pendek untuk Sukma Johor pada Julai. 

Presiden SLBA Datuk Ladislaus Maluda berkata pada Sabtu bahawa senarai pemain yang terdiri daripada sembilan lelaki dan sembilan perempuan ketika ini sedang menjalani latihan di Kota Kinabalu dan Keningau bersama jurulaith Abdul Murah Laksanah dan Justine Malintau.

“Selain daripada sesi latihan, mereka akan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan. Ini hanya senarai awal dan skuad akhir terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita hanya akan dimuktamadkan pada Mei,” katanya.

Menurut beliau, pertandingan yang dijadualkan untuk atlet-atlet sebagai persiapan mereka menghadapi sukan dwi tahunan itu ialah Champion of Champion dan kejohanan Bawah-25 Kebangsaan disusuli Tertutup Sabah pada Mac, Piala Presiden di Kota Kinabalu pada (Mac), Singles Kebangsaan di Bukit Kiara (Mac), Pairs dan Triples Kebangsaan di Seremban (April), Piala Toh Puan Sagiyah di Ipoh, Perak (Mei) dan Piala Mahauri Antarabangsa di Langkawi (Jun).

Tambahnya dua kem latihan akan disediakan untuk mereka dengan satu di Keningau pada April dan satu lagi di Bayu Emas, Selangor pada Julai.

Sementara itu, timbalan presiden SLBA, Shuib Hashim akan menjadi pengurus pasukan dan atlet lelaki yang berada dalam senarai ketika ini ialah Mohd Shah Ridzuan Manis, Edver Rivaldee Holiday, Kesley Mervin Zosmi, Muhammad Hafiz Firdaus Mohd Affendy, Abdul Manaf Saujor, Asmirul bin Arispadillah, Mohd Afif Aiman Mohd Afendy, Abi bin Ahmad dan Elldy Maxlanzie Zosmi.

Manakala atlet wanita terdiri daripada Dayangku Haslyn Suraya Awang Husin, Elvy Alfera Justine, Siti Nur Shiqah binti Saujor @ Amin, Norcahaya bt Zakaria, Nurnajmi Jannah binti Jali, Nur Zarifah Wajihah binti Zaidi, Nurul Hafizah binti Abdul Hanafi, Adilah Justine dan Aleeya Adriana Ade Azihan. – GL Oh

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here