Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Abang maut, adik parah, kereta putus dua
Published on: Monday, February 24, 2020
By: R Gonzales
Text Size:

Abang maut, adik parah, kereta putus dua
TUARAN: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut apabila kenderaan dinaiki bersama seorang penumpang hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan pokok menyebabkan kereta terbabit terputus dua di Jalan Tuaran - Kota Kinabalu di Kampung Bakut, di sini, pada Ahad.

Dalam nahas jam 11.05 pagi itu, mangsa (pemandu), Azahari Azmi, ditemui tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Manakala penumpang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang juga adik pemandu mengalami patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika mengesahkan laporan berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Kancil terbabit dipandu dari arah Bulatan Berungis Tuaran menghala ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan sebatang pokok.

“Akibat insiden itu, kereta terputus dua manakala pemandu tersepit dan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis juga masih menyiasat sama ada kereta dinaiki dua beradik itu adalah kenderaan yang pernah dipotong sebelum ini atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.53 pagi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi beserta dua jentera.

“Sebaik tiba, pasukan bomba difahamkan seorang mangsa cedera parah dihantar ke hospital Tuaran menggunakan ambulan manakala seorang lagi mangsa ditemui tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun disahkan meninggalkan dunia,” katanya, dan menambah operasi tamat jam 1.14 petang.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here