Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


RM50j peruntukan bina jalan berturap di Kg Tiong Widu
Published on: Monday, February 24, 2020
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

RM50j peruntukan bina jalan  berturap di Kg Tiong Widu
TAMBUNAN:  Kampung Tiong Widu di Mukim Kirokot di sini akan mendapat jalan berturap dengan peruntukkan RM50 juta untuk projek itu.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata jalan sejauh 22 kilometer menghubungkan lima kampung dari Kg Tinompok Liwan ke Kg Tiang dengan penduduk lebih dari 2000.

Beliau berkata jalan itu kini sedang dalam pembinaan selama lima tahun dan kerja penurapan jalan akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Antara kampung yang mendapat manfaat ialah Kg Tinompok Liwan, Kg Pialungan, Kg Tiong, Kg Widu and Kg Tiang Lama.

Peter, yang juga Adun Melalap, juga meluluskan pembinaan sebuah dewan terbuka dengan kos RM250,000 yang lengkap dengan kemudahan tandas asas untuk komuniti Kg Tiong Widu.

Di samping itu, beliau menyokong pembinaan jalan berhampiran sebuah sekolah di sana yang akan dibina secara berperingkat.

“Sekurang-kurangnya dengan infrastruktur dewan dan jalannya dapat membantu kegiatan kemasyarakatan dan pertanian,” katanya ketika bertemu dengan masyarakat di Kg Tiong Widu, Sabtu lepas.

Peter juga mengatakan bahawa pembinaan asrama berhampiran sekolah juga akan dibina untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah yang akan membayar yuran bas yang tinggi.

Pengerusi penganjur Justin Dobbis, mengakui kehadiran Peter di Mukim Kirokot dan gembira mendengar kelulusan beberapa permohonan untuk lima buah kampung di mukim tersebut.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here