Warga maya digesa tidak sebar berita palsu mengenai Covid-19
Published on: Monday, February 24, 2020
By: Mardinah Jikur
SANDAKAN: Warga maya digesa agar lebih bijak dan matang ketika berkongsi maklumat di media sosial dengan tidak menyebarkan sebarang berita palsu, khususnya berkaitan wabak Covid-19 di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata, perbuatan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan berisiko menggugat kestabilan serta keharmonian negara.ADVERTISEMENT
Katanya, beberapa individu telah didakwa di mahkamah kerana menyebarkan berita palsu berkaitan Covid-19 yang menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran rakyat.
“Masyarakat perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu informasi yang diterima sebelum mempercayai atau menyebarkannya.
“Perbuatan menyebar berita palsu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020 di ruang legar Sejati Walk, Batu 7, di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Malinahziah Datu Mohd Julaspi, Pengurus Penyiaran Sandakan Baharullah Baba dan Penolong Pengarah Unit Hiburan RTM, Mohd Azry Abdullah.ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Terdahulu, Liew berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus kekal relevan sebagai medium yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di seluruh negara menerusi pelbagai rancangan.
Tambahnya, sungguhpun menghadapi persaingan dengan kewujudan pelbagai media alternatif, RTM juga mampu menyampaikan mesej sahih kepada masyarakat.