Sun, 21 Apr 2024

HEADLINES :


Skim pinjaman mudah RM100,000 dilulus kepada KPSM
Published on: Tuesday, February 25, 2020
Text Size:

Skim pinjaman mudah RM100,000 dilulus kepada KPSM
KOTA MARUDU: Kerajaan telah meluluskan Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah sebanyak RM100,000 kepada Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) sebagai modal pusingan urus niaga, iaitu membeli dan menjual buah tandan segar (BTS).

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata bagi peringkat permulaan, sebanyak 10 KPSM telah dipilih untuk menerima skim itu berdasarkan prestasi operasi dan pentadbiran yang cemerlang.

“Jika pembayaran semula oleh setiap KPSM berjalan baik, kementerian berhasrat untuk meneruskan skim ini kepada KPSM lain yang mempunyai prestasi operasi dan pentadbiran yang cemerlang.

“Langkah ini untuk membantu mereka meningkatkan keupayaan modal pusingan dan urus niaga KPSM,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Timbang KPSM Kota Marudu, di sini pada Isnin.

Katanya selain kerajaan, KPSM juga boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“KPSM yang berminat boleh mendapatkan maklumat mengenai bantuan yang ditawarkan daripada pejabat SKM berhampiran atau menghubungi MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) Sabah,” katanya.

Kok berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil untuk meningkatkan kemajuan industri sawit negara.

“Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menggalakkan KPSM menyatukan pekebun kecil di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti ke arah menjaga kepentingan bersama terutamanya meningkatkan produktiviti kebun dan taraf sosioekonomi,” katanya.

Beliau berkata antara aktiviti utama KPSM ialah menjalankan urus niaga membeli dan menjual BTS yang dibekalkan oleh pekebun kecil di pusat timbang.

“Selain urus niaga BTS, KPSM juga membekalkan input pertanian, perkhidmatan penuaian BTS dan pengurusan kebun kepada pekebun kecil.

“Hasil keuntungan daripada urus niaga ini akan dikembalikan kepada ahli-ahli koperasi dalam bentuk dividen dan rebat sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa lebih ramai pekebun kecil mendaftar keahlian KPSM untuk mendapat faedah yang disediakan melalui kegiatan koperasi. 

“Saya dimaklumkan, KPSM Kota Marudu telah ditubuhkan pada 2018 dengan keahlian berjumlah 70 orang. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here