Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Polis S’kan tingkat usaha bertemu masyarakat secara bersemuka
Published on: Tuesday, February 25, 2020
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Polis S’kan tingkat usaha bertemu  masyarakat secara bersemuka
SANDAKAN:  Polis Sandakan akan terus mendekati masyarakat secara bersemuka bagi mendapatkan maklum balas segera tentang keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan program pencegahan jenayahnya. 

Ketua polis daerah, ACP Mohd Azhar Hamin berkata pendekatan itu merupakan objektif pelaksanaan ‘Talk to Us’ di bawah inisiatif ‘Modern Policing’ Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Talk To Us juga bertujuan untuk memupuk dan menyemai semangat persefahaman antara PDRM dengan komuniti sebagai Sahabat Pencegahan Jenayah.

“Melalui pendekatan sebegini, masyarakat akan lebih terbuka dalam membantu pihak polis menyalurkan maklumat berkaitan jenayah seterusnya memaklumkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka,” katanya. 

Sejajar dengan itu, baru-baru ini di depan Pasaraya Tai Chung, Bandar Kim Fung, pegawai dan anggota dari Balai Polis Sandakan melaksanakan program Talk To Us dan PDRM bersama Pelanggan.

Selain Azhar, program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong. 

Turut diadakan adalah pameran tentang Kempen kesedaran Jenayah, Narkotik dan Komersial, semakan saman, penerangan dan cara mendaftar Volunteer Smartphone Patrol (VSP), dan pengedaran risalah kempen kesedaran jenayah.

Azhar berkata, program itu menunjukkan PDRM sentiasa turun padang bagi bertemu masyarakat untuk membanteras jenayah.

Orang ramai yang hadir juga menyambut baik inisiatif dijalankan dan memberi sokongan penuh kepada polis dalam usaha membanteras aktiviti jenayah.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here