10 kontraktor bekal makanan ke asrama sekolah didakwa
Published on: Wednesday, February 26, 2020
By: Cynthia D Baga
KOTA KINABALU: 10 kontraktor, antaranya sepasang suami isteri, didakwa mengemukakan penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk mendapatkan kontrak-kontrak bernilai berjuta ringgit untuk membekalkan makanan siap masak ke 10 asrama sekolah di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Beluran.
Tujuh daripada mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat kepada tuduhan terhadap mereka, sementara tiga lagi meminta dibicarakan.ADVERTISEMENT
Setiap tertuduh menghadapi tiga tuduhan terhadap mereka.
Suami isteri, Amran Makladin, 37, dan Dayang Alfizah Abdul Latif, 36, masing-masing mengaku kepada tiga tuduhan terhadap mereka.
Amran dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan sementara isterinya dipenjara sebulan dan didenda RM2,000 atau penjara sebulan bagi setiap tuduhan.
Tuduhan-tuduhan menyatakan bahawa Amran dan Dayang Alfizah telah menggunakan penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Dayang Enterprise untuk tujuan mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak bagi asrama Kolej Vokasional Tawau.ADVERTISEMENT
Tender bernilai RM3.132 juta itu adalah untuk tempoh 1 April 2017 hingga 31 Mac 2019.
Suami isteri itu didakwa bersama dengan Adam Shah Mohamad, 33, yang meminta dibicarakan kepada tuduhannya.
ADVERTISEMENT
Mahkamah menetapkan 22 April untuk pengurusan kes dan melepaskan Adam yang diwakili oleh peguam Ram Singh, dengan jaminan RM10,000 dan deposit RM8,000 serta seorang penjamin tempatan, dan juga diperintah melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali dalam lima bulan.
Ernie Shamsudin, 38, dan Sitti Aida Hamad Ali, 48, masing-masing dipenjara dua bulan dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan.
Ernie telah menggunakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Faiqah Enterprise juga untuk tujuan mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak untuk asrama SMK Tungku Lahad Datu di mana tender bernilai RM2.766 juta itu adalah dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2018.
Sitti Aida menggunakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Aida Enterprise juga untuk tujuan sama mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak untuk asrama SMK Balung, Tawau. Tender bernilai RM2.687 juta itu adalah dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.
Sementara itu, Muhammad Safwan Asran Abdullah, 29, dan Samsun Kalmuddin, 41, masing-masing dipenjara tiga bulan bagi setiap tuduhan, dan didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan terhadap Muhammad Safwan, dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan terhadap Samsun.
Muhammad Safwan telah menggunakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Wan Empayar Enteprise juga untuk tujuan mendapatkan tender bernilai RM2.22 juta untuk membekalkan makanan siap masak untuk asrama SM Terusan Sugut, Beluran, dari 1 April 2017 hingga 31 Mac 2019.
Manakala, Samsun telah menggunakan tiga penyata bank bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Sharisman Jaya Development juga untuk tujuan mendapatkan tender bernilai RM3.65 juta untuk membekalkan makanan siap masak untuk asrama SMK Bum-Bum, Semporna, dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.
Sementara itu, Abdul Sal @ Abdul Rasal Palimbang dipenjara sebulan dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan selepas dia mengaku menggunakan tiga penyata bank bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Nurfathin JR Enterprise untuk mendapatkan tender bernilai RM2.41 juta untuk membekalkan makanan siap masak untuk asrama SMK Merotai Besar, Tawau, dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.
Ketujuh-tujuh tertuduh diperintah untuk menjalani hukuman penjara mereka secara serentak dari tarikh pensabitan iaitu Selasa.
Sahiduenah Jabbi, 49, yang meminta dibicarakan bagi tuduhan itu, dituduh menggunakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Usahawan Sumber Utama untuk mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak bagi asrama Kolej Vokasional Lahad Datu, dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.
Mahkamah menetapkan 22 April untuk pengurusan kes dan menawarkan jaminan RM10,000 kepada Sahiduenah dengan deposit RM7,000 dan seorang penjamin tempatan.
Manakala, Mohd Fauzi Abd Said, yang juga menafikan tuduhan terhadapnya, didakwa menggunakan tiga penyata bank bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat Pemborong Mohd Fauzi Bersaudara untuk mendapatkan tender pembekalan makanan siap masak untuk asrama SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna, dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.
Pengurusan kesnya ditetapkan pada 22 April dan ditawarkan jaminan RM10,000 dengan deposit RM6,000 dan seorang penjamin tempatan. Mohd Fauzi diwakili oleh peguam Amli Nohin.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
10 tertuduh telah mengemukakan penyata-penyata bank palsu itu kepada Jabatan Pendidikan Sabah, di sini, pada 24 November 2016.
Kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.