Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Ibu, enam anak rentung di Membakut
Published on: Thursday, February 27, 2020
By: Ahmad Apong dan Jimmy Goh
Text Size:

Ibu, enam anak rentung di Membakut
MEMBAKUT: Tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak rentung selepas rumah keluarga mereka terbakar pada awal Rabu di Kg Bandau Membakut.

Kebakaran yang memusnahkan rumah sewa separa kekal itu, turut menyebabkan dua lagi cedera sementara seorang tidak cedera.

Tujuh mangsa maut dikenal pasti sebagai Nadia Jumadi, 25, dan anak-anak tirinya Nana Romel, 14; Aisa Romel, 13; Shasha Romel, 10; Danial Romel, 7; Faisal Romel, 5; serta anak angkatnya Samasan Romel berusia dua tahun.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, Katizah Rahaban apabila dihubungi pada Rabu berkata, mereka menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 1.16 pagi dan mengerahkan satu pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kimanis.

“Pasukan lima anggota itu diketuai oleh komander operasi PPgB Mohd Johainin Ruslan dengan sebuah kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) antara kenderaan utiliti lain.

“Setelah tiba, rumah itu telah musnah 80 peratus dan sebuah kereta MyVi juga musnah dalam kebakaran itu.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami luka melecur dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut,” katanya.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara.

Misran berkata enam mangsa maut ditemui di dalam bilik tidur mereka, sementara seorang lagi ditemui berdekatan pintu yang dipercayai cuba melarikan diri tetapi gagal.

“Seorang jiran yang hanya mahu dikenal pasti sebagai Arianto menyedari kebakaran itu dan segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya, menambah dia melihat tiga mangsa terselamat itu meminta tolong.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here