Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Pasukan bola sepak jabatan penjara Sabah gagal  pertahan gelaran 
Published on: Thursday, February 27, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Pasukan bola sepak jabatan penjara Sabah gagal  pertahan gelaran 
KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak jabatan penjara negeri gagal mempertahankan gelaran mereka pada Kejohanan Bola Sepak Jabatan Penjara Kebangsaan Piala Tan Sri Ahmad Murad ke-37 yang diadakan di Kelantan pada hujung minggu lalu.

Mereka tewas kepada Selangor ‘A’ 0-2 di semi final dan terpaksa berpuas hati berkongsi tempat ketiga dengan Melaka dalam kejohanan empat hari itu.

Selangor memenangi gelaran dengan kemenagnan 2-1 ke atas Johor di final.

Ketua jurulatih Roslan Wasli gembira dengan prestasi pemain-pemainnya walaupun kecewa gagal mempertahankan gelaran.

“Kami berdepan pasukan yang mempunyai sekumpulan pemain lebih muda yang pernah tampil di Liga FAM musim lepas, jadi tahap tenaga mereka jelas lebih tinggi dan mereka juga memanfaatkan peluang mereka untuk membalas dendam terhadpa kekalahan di tangan kami tahun lepas.

“Bagaimanapun, walaupun tewas, saya masih bangga dengan prestasi pemain-pemain yang membantu pasukan mara ke semi final dan kedudukan empat teratas,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata kejohanan itu diadakan untuk memilih pemain bagi mewakili jabatan kebangsaan pada Sukan Maksak yang akan diadakan di Selangor dari 18-22 Mac.

Sementara itu, pengurus pasukan Addny Milky berharap pasukan itu dapat bangkit daripada kekalahan itu dan memenangi kembali piala itu tahun depan.

“Kami hanya tidak bernasib baik dalam permainan 50/50 di mana kedua-dua pasukan bermain dengan baik. Kami gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol dan dihukum oleh kesilapan pertahanan.

“Bagaimanapun, kami menerima kekalahan itu dengan tenang dan kami akan kembali lebih kuat tahun depan, dan diharapkan akan dapat memenangi kembali Piala itu,” katanya. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Penjara Negeri Datuk Hj Suria Hj Idris serta ketua institusi penjara negeri atas sokongan mereka.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here