Pelancong Rusia dakwa dirompak palsu: Polis
Published on: Thursday, February 27, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
KOTA KINABALU: Polis di sini menafikan gambar yang tular di media sosial mengenai seorang pelancong warga Rusia yang mendakwa dia telah dirompak dan meminta derma daripada orang ramai di sini.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata ia merupakan penipuan.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata tuduhan itu boleh menjejaskan imej Kota Kinabalu.
“Hantaran yang dimuat naik di media sosial adalah palsu. Hantaran sedemikian memberikan gambaran buruk kepada Kota Kinabalu seolah-olah terdapat banyak pelancong yang dirompak.
“Orang ini dipercayai telah mengambil kesempatan dengan meminta sedekah dari orang ramai dengan mengatakan bahawa dia telah dirompak,” katanya ketika dihubungi Daily Express, Rabu.
Habibi berkata apabila menerima maklumat itu, beberapa anggota dihantar ke tempat gadis itu tetapi dia tidak dijumpai.ADVERTISEMENT
“Sesetengah warga berkata gadis itu didakwa membuat laporan selepas dia dirompak tetapi yakin bahawa kami tidak menerima laporan itu.
“Apabila dia dijumpai, tindakan akan diambil dibawah Akta Imigresen untuk tinggal terlalu lama atau untuk Akta Kesalahan Kecil,” katanya.
ADVERTISEMENT
Pada Rabu, foto yang tular itu (ketika berita ini ditulis) telah dikongsi lebih daripada 2,200.
Sesetengah warga maya yang menulis komen di hantaran itu bersimpati kepadanya dan ada yang mahu membantunya.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Terdapat juga dikalangan mereka yang curiga dengan apa yang sedang berlaku dan ia adalah penipuan dan dia sebenarnya tidak pernah dirompak.
Ada yang mengatakan bahawa wanita itu dilihat di sekitar bandar selama tiga bulan yang lalu meminta wang dan kadang-kadang dia dapat dilihat ditepi jalan meminta tumpangan ke destinasi lain.