Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Penyamar polis didenda RM1,000
Published on: Thursday, February 27, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penyamar polis didenda RM1,000
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 23 tahun, yang menyamar sebagai seorang pegawai polis kanan, didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini.

Leonhard Terrence Paulus mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana melakukan kesalaha itu dan cuba memeriksa seorang lelaki, Mohd Rasit Tahir pukul 11.30 pagi pada 16 Oktober, 2019 di lot parkir motosikal di kompleks Centre Point Sabah.

Kes Leonhard yang dihadapkan untuk perbicaraan pada Rabu tetapi dia menukar pengakuannya kepada bersalah di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdaulu, mahkamah diberitahu pendakwaan bahawa Leonhard memperkenalkan dirinya sebagai ASP Leon kepada Rasit, yang cuba mengambil semula motosikal Leonhard dan Leonhard menunjukkan lencana polis dan sekeping gambarnya memakan uniform dari telefon bimbitnya.

Leonhard turut meminta Rasit menunjukkan dokumen kerjanya termasuk kad pengenalannya tetapi apabila Rasit meminta untuk melihat kad kuasa Leonard, dia hanya enunjukkan lencana dan gambar terbabit, mahkamah diberitahu.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa Leonhard turut mendakwa dia bertugas di cawangan Narkotik di ibu pejabat polis di sini dan pengadu kemudian menghubungi rakan polisnya untuk mendapatkan pengesahan status Leonhard.

Rakan polis Rasit kemudian datang ke tempat tersebut dan menahan Leonhard kerana menyamar sebagai anggota polis, kata pendakwaan, dan menambah, Leonhard memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis kanan kerana dia tiak mahu motosikalnya diambil semula.

Diwakili oleh peguam Richard Vitales, Leonhard merayu hukuman ringan.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki dipenjara seminggu dan didenda RM100 atau seminggu penjara kerana kerap memiliki RM6,220 dalam akaun banknya.

Ahmad Jamadie Md Jamil mengaku bersalah memiliki wang itu, yang mana dia gagal memberikan penjelasan mengenai bagaimana dia memperolehinya, antara 18 hingga 19 Februari tahun ini.

Tidak diwakili, Ahmad memohon hanya hukuman penjara kerana dia sudah direman selama seminggu.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan kecil yang memperuntukkan denda sehingga RM100 atau sehingga tiga bulan penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang wanita berumur 30 tahun dari Vietnam dihukum penjara sebulan dan didenda RM2,800 atau enam bulan penjara kerana memiliki ketamine.

Do Hong Tuyet mengaku bersalah menerusi seorang jurubahasa Vietnam kerana melakukan kesalahan itu pukul 1.45 petang pada 29 Januari tahun ini.

Diwakili oleh peguam Luke Ressa Balang, Do ketika merayu hukuman ringan berkata dia mempunyai pasport sah.

Inspektor Rayner David melakukan pendakwaan. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here