Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Dua didakwa miliki senjata di tempat awam tanpa permit
Published on: Thursday, February 27, 2020
Text Size:

Dua didakwa miliki senjata di tempat awam tanpa permit
KOTA KINABALU: Dua lelaki didakwa memiliki senjata berbahaya di tempat awam tanpa permit.

Mohammad Faidzal Abrahim dan Mohd Dul Jamal mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas mereka.

Mohammad Faidzal didakwa memiliki satu senjata buku lima dan satu pisau lipas pukul 8.45 pagi pada 17 November, 2019 di sepanjang Jalan Tungou, Ranau.

Mohd Dul didakwa memiliki gergaji diubahsuai pukul 9.30 pagi pada 18 November, 2019 di ibu pejabat polis Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk pengurusan kes dan tiada ikat jamin ditawarkan kepada mereka kerana mereka mempunyai satu lagi kes di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry tampil untuk pendakwaan.

Dalam satu lagi kes, mahkamah memindahkan kes membabitkan seorang bapa dan anak lelakinya yang didakwa berdatang senjata api, ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membuat perintah itu kepada Djusni Bonggo, 61, dan anak lelakinya Elbino Djusni, 41, selepas pendakwaan memohin kes terbabit dipindahkan.

Djusni didakwa berdagang tiga senapang angin pukul 2.30 petang pada 8 Ogos, 2019 di sebuah rumah di Kg Kinarotuan, Ranau manakala Elbino dituduh berdagang empat bakakuk (senjata buatan sendiri) di tempat dan waktu sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 itu membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, dan sebatan sekurang-kurangnya sebatan, jika sabit kesalahan.

Djusni ketika ini dibebaskan atas ikat jamin sebanyak RM15,000 manakala Elbino direman lanjut, sementara menunggu pelupusan kes.

Dua orang itu diwakili oleh peguam Henry Gudid. – Cynthia D Baga





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here