HEADLINES :




Shafie hadir sendiri di Istana
Published on: Thursday, February 27, 2020
By: Bernama
Text Size:


Gambar Fail: Bernama
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Istana Negara di Kuala Lumpur petang Rabu lepas, menurut kenyataan Pejabat Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri.

Kenyataan itu menyebut Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna melakukan perkara sama seperti yang dibuat Ahli Parlimen yang lain menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru menurut kenyataan itu, adalah tidak benar laporan berita mengatakan beliau (Mohd Shafie), menghantar wakil dan tidak diterima oleh pihak istana.

Portal berita Free Malaysia Today melaporkan Mohd Shafie tidak hadir di Istana Negara dan menghantar wakil tetapi tidak diterima oleh pihak Istana. – Bernama


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular