Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah umum pakej rangsangan Covid-19 hari ini 
Published on: Wednesday, March 25, 2020
By: Larry Ralon
Text Size:

Sabah umum pakej rangsangan Covid-19 hari ini 
Gambar Bernama
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) akan mengumumkan pakej rangsangan Sabah hari ini yang mengandungi langkah-langkah yang akan diambil untuk membendung penularan pandemik Covid-19 dan memastikan bekalan makanan mencukupi untuk rakyat di negeri ini.

“Saya akan umumkan pakej ransangan bagi Sabah selepas saya mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet Negeri esok. Saya tahu ramai tertunggu-tunggu pakej rangsangan itu.

“Ia adalah pakej rangsangan berpaksikan rakyat. Ia juga mengandungi langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri.

“Pendekatan kami ialah sementara kita berjuang untuk membendung penularan wabak Covid-19, kita akan pastikan bekalan makanan mencukupi,” beliau memberitahu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, Selasa.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata beliau juga telah memaklumkan semua wakil dipilih di Sabah untuk membantu menyediakan barangan keperluan khususnya kepada rakyat memerlukan di kawasan masing-masing, sementara menunggu pakej rangsangan itu.

“Saya sudah maklumkan mereka, tidak mengira mereka dipihak mana, untuk membantu dalam menyediakan barangan keperluan kepada rakyat memerlukan di kawasan masing-masing. Saya menggalakkan semua mereka melakukan ini untuk rakyat di kawasan mereka.

“Mereka boleh gunakan wang gaji mereka dan dana yang disediakan untuk mereka,” katanya. Kerajaan Sarawak telah mengumumkan pakej rangsangan RM1.15 bilion pada 23 Mac lalu.

Ketua Menteri juga berkata perdagangan tukar barang antara Sabah (Malaysia), Filipina dan Indonesia akan dihentikan sementara sehingga situasi (penularan Covid-19) bertambah baik.

“Ini hanyalah langkah sementara. Tiada tempoh masa untuk ini. Kita hanya mahu mengawal dan menghalang penyebaran lanjut Covid-19.

“Ini kerana jika kita benarkan aktiviti ini berterusan, kita tidak tahu mana-mana orang yang datang dari Filipina atau Indonesia, yang mungkin dijangkiti atau pernah berhubungan dengan orang yang telah dijangkiti.. . jadi ini adalah untuk mengawal penularan wabak itu,” katanya. Beliau juga berkata mesyuarat itu turut membincangkan jangkaan lebih ramai orang keluar membeli belah setelah mendapat gaji.

“Saya menasihati rakyat untuk tidak bersesak di pasaraya atau pasaraya besar dan beli bekalan sekadar cukup untuk tempoh tertentu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata Kerajaan Sabah akan membantu menyediakan bekalan makanan harian kepada semua pelajar yang ketika ini terkandas di kampus atau asrama institusi pengajian tinggi di Sabah serta pelajar dari Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Ini termasuk 4,000 pelajar yang ketika ini menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS), katanya, sambil menambah bantuan harian itu adalah untuk membolehkan mereka berada di kampus atau asrama tanpa perlu keluar.

“Bekalan makanan yang akan kami sediakan bukan sahaja kepada universiti-universiti tetapi juga kepada politeknik-politeknik yang ada. Kami akan pastikan bahawa mana-mana institusi pengajian tinggi yang mempunyai asrama pelajar di Sabah akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie turut melawat  Sabah Covid-19 Command Centre yang turut beroperasi dari PPNS di mana beliau mengagihkan bekalan peralatan perlindungan diri kepada agensi-agensi di barisan yang memerangi pandemik itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here