HEADLINES :




Covid-19: Tabung khas bantu doktor, jururawat
Published on: Thursday, March 26, 2020
By: Bernama
Text Size:


Gambar Bernama
Kota Kinabalu: Prihatin dengan keperluan anggota barisan depan hospital dalam memerangi Covid-19 di Sabah, beberapa organisasi di negeri ini mengambil insiatif melancarkan tabung khas bagi mengutip dana untuk membeli peralatan perubatan penting serta peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi doktor dan jururawat bertugas.

Antara organisasi yang tampil ialah Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (ASMAKK) yang melancarkan tabung khas dinamakan “Tadhamun ASMAKK 2020” sebagai tanda sokongan untuk bersama-sama membantu barisan depan khususnya di Hospital Likas bagi membendung wabak itu. 

Setiausaha Agungnya, Mohd Idzwan Ashgar ketika dihubungi Bernama berkata tabung “Tadhamun ASMAKK 2020” itu dilancarkan Selasa lepas dan diuar-uarkan dalam media sosial termasuk Facebook rasmi ASMAKK serta aplikasi Whatsapp dan Telegram.

“Kami terpanggil untuk membuka tabung khas ini kerana ia satu niat baik bagi memberi suntikan semangat dan tanda solidariti kepada tenaga kerja barisan depan yang sedang bertungkus lumus dan komited memerangi wabak ini,” katanya.

Mohd Idzwan berkata, ASMAKK menyasarkan RM30,000 untuk dikumpul dalam masa dua minggu sebelum pihaknya membuat pembelian beberapa alat perubatan kritikal, PPE dan bahan guna habis.

Individu yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Muamalat 1001-0002890-71-5 atas nama Persatuan Alumni SMKA Kota Kinabalu, dengan rujukan “Tadhamun2020” dan resit derma boleh dihantar ke e-mel alumni.smakk@gmail.com atau Whatsapp ke 019-228 2583 atau 016-263 8088.

Selain itu, Lembaga Pelawat Hospital (LPH) Hospital Queen Elizabeth turut mengambil inisiatif serupa, dengan derma boleh disalurkan ke akaun Maybank 560148686840 atas nama Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizabeth dan resit boleh dihantar menerusi Whatsapp di talian 019-722 3988 bagi membolehkan pihak lembaga mengetahui derma itu.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pengerusi LPH Kent Chau Tak Bin di talian 019-881 1030. – Bernama

 


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular