Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Pakej bantuan RM670j ringankan beban rakyat: Hamisa
Published on: Friday, March 27, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Pakej bantuan RM670j ringankan beban rakyat: Hamisa
Gambar Bernama
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat menyifatkan pakej bantuan Covid-19 bernilai RM670 juta oleh kerajaan Sabah amat bertepatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Katanya, langkah terbabit diharap dapat meringankan beban ditanggung rakyat Sabah, khususnya yang kehilangan punca pendapatan secara langsung atau tidak langsung dan terkesan dengan pelaksanaan PKP.

“Kita mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas keprihatinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal kerana menyediakan peruntukan besar bagi membantu agensi bertugas di barisan hadapan dan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurutnya, peruntukan RM50 juta bagi membeli dan menyediakan kelengkapan serta keperluan hospital amat penting kerana agensi tersebut merupakan barisan hadapan yang memikul tanggungjawab amat besar pada masa kini.

Malah, katanya, peruntukan RM10 juta untuk keperluan anggota barisan hadapan lain seperti polis, tentera dan agensi berkaitan juga amat diperlukan memandangkan mereka terpaksa bertugas 24 jam ketika orang lain berada di rumah masing-masing.

Beliau berharap peruntukan RM20 juta melibatkan bantuan khas tunai RM500 secara sekali-bayar demi meringankan beban rakyat dapat disalurkan secara berkesan dan mencapai sasaran, khususnya kepada miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Saya juga meminta golongan yang menerima peruntukan melibatkan RM80 juta iaitu bantuan khas RM300 secara one-off dapat digunakan sebaik mungkin oleh penerima yang terdiri daripada golongan B40,” katanya.

Dalam masa yang sama, Hamisa berasa lega dengan pengumuman pengurangan cukai tanah dan pintu serta pengecualian pembayaran bil air untuk tempoh tiga bulan bermula April.

“Kelonggaran ini amat bermakna kepada penduduk yang kehilangan pendapatan ketika wabak Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan penurunan jumlah jangkitan baharu,” katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat Sabah perlu bersyukur kepada kerajaan negeri Sabah kerana begitu prihatin apabila memberi diskaun 30 peratus terhadap bil eletrik untuk tempoh tiga bulan bermula April.

“Pengecualian pembayaran sewa rumah (PPR) di seluruh Sabah untuk tempoh enam bulan bermula bulan April juga amat membantu. Jadi gunalah bantuan yang diberikan ini sebaik mungkin untuk menjalani kehidupan yang agak sukar pada masa ini,” katanya lagi.

Hamisa turut menasihatkan semua pihak supaya terus mematuhi arahan pihak berkuasa supaya kekal berada di dalam rumah masing-masing bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19 daripada terus meningkat.

“Jangan kita pentingkan diri sendiri, kerajaan Sabah sudah membantu sedaya mungkin, jadi setiap rakyat juga perlu membantu kerajaan menangani wabak ini supaya tidak lagi merebak,”tegasnya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here