Lebih 300 beg beras disumbang kepada ketua isi rumah di Beaufort
Published on: Saturday, March 28, 2020
By: Ahmad Apong
Gambar Hiasan
BEAUFORT: Lebih 300 beg beras bernilai hampir RM4,500 diagihkan kepada penduduk kampung yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini, kata Pegawai Daerah Beaufort Jupri Etok.Bantuan ini diagihkan melalui tiga Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) untuk diagihkan kepada 300 ketua isi rumah di DUN Klias.ADVERTISEMENT
“Saya menyampaikan bantuan ini secara peribadi untuk membantu meringankan beban masyarakat kampung.
Semantara itu, MPKK Ebin Ampai ketika ditemui berterima kasih dengan keprihatinan Pegawai Daerah kerana menghulurkan sumbangan kepada penduduk-penduduk yang terjejas.
“Ini adalah contoh seorang pemimpin kakitangan kerajaan yang melihat kesusahan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk semasa PKP ini,” katanya.
Seorang lagi MPKK yang enggan dikenali berkata, kebanyakan penduduk telah kehilangan sumber pendapatan sejak pelaksanaan PKP.ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Lebih-lebih lagi dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa PKP itu dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya.