‘Masih ada tidak lindungi diri’
Published on: Sunday, March 29, 2020
By: Iskandar Dzulkifli
PAPAR: Keadaan di daerah ini pada hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak aktif dengan aliran trafik keluar masuk kenderaan ke Pekan Papar yang sibuk namun tidak menimbulkan kesesakan.Tinjauan Harian Ekspres mendapati sebahagian besar parkir dipenuhi kenderaan khususnya di kawasan Pasar Am serta premis pasaraya besar dan kecil termasuk bank.ADVERTISEMENT
Ia berlaku berikutan masih ada penduduk yang mengeluarkan wang gaji atau pun mungkin bantuan yang telah disalurkan kerajaan untuk golongan layak bagi membeli barangan keperluan susulan PKP.
Situasi ini tidak perlu dibimbangi kerana keadaan masih terkawal memandangkan orang ramai masih mengutamakan keselamatan dengan memakai penutup mulut, hidung dan sarung tangan.
Namun apa yang dikesali, masih ada segelintir yang berdegil apabila langsung tidak mengenakan alat keselamatan itu semasa berada di tempat awam hingga menarik perhatian ramai orang.
Salah seorang penduduk yang ditemui, Andy Rujin, 32, kesal dengan sikap segelintir individu yang jelas mementingkan diri sendiri hingga dibimbangi akan menyusahkan orang ramai yang kebetulan berada di kawasan ini.ADVERTISEMENT
Beliau yang bekerja sendiri berharap pihak berkuasa memperbanyakkan rondaan di Pekan Papar khususnya di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan arahan keselamatan susulan PKP dipatuhi.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Kita berharap mereka yang berada di tempat awam supaya mematuhi arahan ini..jangan penting diri sendiri kerana bukan anda saja yang bakal susah malah keluarga dan orang lain pun turut terpalit.
ADVERTISEMENT
“Justeru, pihak berkuasa diharap dapat memperbanyakkan rondaan di kawasan-kawasan terlibat sekitar Pekan Papar bagi memastikan segelintir individu ini patuh dan tidak memandang remeh bahaya Covid-19,” katanya.