Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki serang anggota Rela ditahan polis
Published on: Sunday, March 29, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Lelaki serang anggota Rela ditahan polis
KAYU yang digunakan oleh suspek.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas cuba menyerang anggota Rela yang memberitahunya supaya perlu menunggu lebih dua jam untuk kembali ke Pulau Gaya di sini.

Lelaki itu ke pasar kira-kira 7 pagi pada Jumaat untuk menjual ikan bersama rakannya dan mahu pulang ke rumah sekitar 2.15 petang.

Bagaimanapun, anggota Rela yang sedang bertugas menahannya dan berkata dia hanya boleh kembali ke rumah pada 5 petang, berdasarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinj berkata suspek tidak berpuas hati dan cuba menyerang anggota Rela dengan dua batang kayu.

“Sambil memegang kayu, dia menjerit kepada mereka mengapa mereka enggan membiarkannya pulang,” katanya.

Anggota Rela itu menjelaskan berdasarkan PKP, bot untuk kembali ke Pulau Gaya hanya dibenarkan pada 5 petang dan 7 malam.

“Lelaki itu tidak berpuas hati dan terus menjerit, mengatakan dia tidak takut mati,” katanya, sambil menambah polis dipanggil untuk membantu dan menahan suspek.

Dia dibawa ke balai polis dengan van perondan namun suspek memecahkan tingkap belakang dengan menggunakan kepalanya.

“Suspek cuba melarikan diri melalui tingkap yang pecah namun berjaya dihalang,” katanya.

Beliau berkata suspek mengalami kecederaan di kepala dan tangannya dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Habibi berkata, suspek akan ditahan dan disiasat kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas mereka.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here