Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Skuad tinju Sukma negeri mungkin perlu perubahan
Published on: Sunday, March 29, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Skuad tinju Sukma negeri  mungkin perlu perubahan
Kota Kinabalu: Skuad tinju Sukma negeri mungkin memerlukan beberapa perubahan jika tarikh baharu sukan dwi tahunan itu dianjakkan ke tahun depan, kata ketua jurulatihnya Fabian Tonny Peter (gambar) pada Sabtu.

Ini kerana tiga daripada atlet mereka yang ketika ini berada dalam senarai berumur 21 tahun dan akibatnya, Haikal Hassim (49kg), Azrullah Sulaiman (64kg), Muhd Izzat Akmal Kamal (81kg), tidak akan dapat bertanding jika ia diadakan di Johor tahun depan.

Sukan itu yang pada mulanya dijadualkan pada Julai tahun ini ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Ia diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Rabu susulan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma, menerusi persidangan video. Bagaimanapun, tarikh baharu hanya akan diputuskan pada satu mesyuarat yang mungkin akan diadakan pada Mei, di mana majoriti telah bersetuju kepada dua tarikh yang dicadangkan, sama ada pada Disember atau pada 2021.

“Kami berada dalam dilema pada ketika ini kerana tiga atlet ini tentunya tidak dapat mengambil bahagian jika ia diadakan pada tahun depan.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat membuat sebarang ulasan mengenai status mereka buat masa ini. Ia terpulang kepada Majlis Sukan Sabah (MSN) dan persatuan negeri untuk mencari penyelesaian jika Sukan itu tidak diadakan pada Disember ini.

“Sebagai jurulatih, saya hanya menasihatkan mereka untuk meneruskan latihan di rumah, sama seperti yang lain, dengan program yang kami telah tetapkan untuk mereka,” katanya. “Semua atlet mesti menjaga kesihatan mereka sendiri dengan pengambilan makanan yang sihat dan mengekalkan berat badan mereka yang sangat penting dalam sukan ini. Kemungkinan kami akan kembali menjalankan latihan penuh pada Oktober jika tarikh baharu untuk Sukan itu pada Disember, dan saya mahu mereka seratus peratus bersedia sebaik kami mendapat lampu hijau daripada MSN,” kata bekas petinju negeri itu yang dibantu oleh Datuk Segan Adis. Sementara itu, petinju lain dalam senarai ialah atlet simpanan kebangsaan Joel Evekly Jain (52kg) yang memenangi emas pada Kejohanan Remaja Kebangsaan pada Februari dan Rosshazmie Roslan (60kg) yang memenangi perak pada pertandingan sama, sementara yang lain ialah pemenang Sukan Sabah Fabio Peter Fabian (56kg), Maxsinery Motinin (69kg) dan  Mohd Syawal Azmee (75kg).

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here