Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Sumbangan untuk pekerja barisan hadapan di Nabawan
Published on: Monday, March 30, 2020
Text Size:

Sumbangan untuk pekerja  barisan hadapan di Nabawan
NABAWAN: Pekerja barisan hadapan dalam penjagaan kesihatan dan polis di sini menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Bobbey Ahfang Suan untuk membantu mereka dalam memerangi Covid-19.

Bobbey berkata terdapat keperluan untuk membantu pekerja barisan hadapan, khususnya jabatan perubatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lain-lain yang dianggap sebagai pasukan pertahanan menangani koronavirus.

“Kami tidak mahu menunggu atau membiarkan kerajaan melakukannya, kerana kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan sedang bekerja keras untuk membantu rakyat secara keseluruhannya pada waktu kritikal ini,” katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Tambahnya, kerajaan sekarang pada peringkat pencegahan, pengawalan dan merawat mereka yang terjejas oleh Covid-19, selain daripada meringankan beban rakyat susulan impak kewangan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas semua ini, kita akan berdepan satu lagi cabaran besar, iaitu untuk memulihkan ekonomi yang meleset susulan impak Covid-19,” katanya.

Bobbey berpendapat adalah lebih baik untuk semua pihak yang boleh mengaktifkan aktiviti perkhidmatan komuniti (CSR) untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Sumbangan anda adalah untuk membantu diri anda dan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

“Di negara-negara lain, banyak syarikat besar menganggu perniagaan teras syarikat mereka dengan mengubah aktiviti mereka kepada pembuatan dan pembekalan cecair pembasmi kuman, penutup hidung dan mulut, peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peranti perubatan lain kepada mereka yang memerlukan.

“Usaha seperti ini perlu dicontohi,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here