Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


APMM tingkat operasi  di perairan Lahad Datu
Published on: Monday, March 30, 2020
By: Efa Rizan
Text Size:

APMM tingkat operasi  di perairan Lahad Datu
ANGGOTA PPM menyoal tujuan individu ketika menjalankan  operasi pemantauan pematuhan PKP bersama APMM.
LAHAD DATU: Jumlah operasi di perairan daerah ini ditingkatkan tiga kali ganda bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi oleh komuniti nelayan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Lahad Datu, Komander Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata setakat ini arahan PKP telah mencapai kadar pematuhan 95 peratus.

Abdul Muhaimin berkata ini adalah hasil kerjasama antara APMM bersama Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas secara bergilir-gilir 24 jam sepanjang pelaksanaan PKP.

“Sebanyak 18 bot milik APMM dan PPM telah digerakkan bagi tujuan operasi ini dan jumlah operasi juga telah ditingkatkan bagi mencapai sasaran pelaksanaan PKP iaitu memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Abdul Muhaimin yang ditemui ketika Operasi Pemantauan Pematuhan PKP bersama PPM Lahad Datu yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Pemerintah PPM Lahad Datu, ASP Sudirman Latip Karim memberitahu bahawa pihaknya turut berkerjasama dengan Jabatan Penerangan bagi tujuan hebahan ketika operasi berkenaan.

Katanya, mereka telah mendapatkan teks hebahan dari Jabatan Penerangan dan membuat hebahan dengan penggunaan tiga bahasa agar mudah difahami oleh komuniti nelayan.

“Kita berharap agar komuniti nelayan akan terus memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan PKP serta mematuhi arahan penjagaan kesihatan.

“Usaha bersama ini penting untuk kita mencapai sasaran kita dalam mengekang penularan pandemik ini,” tambahnya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here