HEADLINES :




Tutup hanya ladang terjejas Covid-19: CCCT, TAC
Published on: Wednesday, April 01, 2020
By: Christy Chok
Text Size:


Gambar Bernama
TAWAU: Dewan Perniagaan Cina Tawau (CCCT) dan Kelab Pertanian Tawau (TAC) secara bersama mengemukakan memorandum kepada Ketua Menteri untuk menimbang dan mengkaji semula penutupan operasi ladang-ladang sawit dan kilang di seluruh negeri sehingga 14 April, di sebalik peningkatan kes positif Covid-19.

Presiden Dewan itu, Chia Seong Fatt dan Presiden Kelab Gan Hock Song dalam kenyataan bersama berkata penutupan operasi ladang dan kilang sawit dilihat akan memberi tamparan hebat kepada industri minyak sawit.

Mereka berkata, mereka menghargai dan memahami sepenuhnya kebimbangan kerajaan terhadap peningkatan kes-kes Covid-19 di Sabah dan langkah-langkah itu diambil untuk menyelamatkan nyawa dan kebimbangan itu disokong penuh.

Bagaimanapun, persekitaran kerja dalam operasi ladang dan kilang sawit biasanya dilakukan dengan cara berbeza, di mana pekerja-pekerja bekerja berjauhan antara satu sama lain dan setiap mereka mempunyai kedudukan yang tetap.

“Kami tidak fikir keputusan itu akan banyak membantu mengawal pendemik itu tapi hanya membawa kerugian kepada industri menyebabkan kerosakan kepada ekonomi Sabah.

“Kami tahu bahawa kuasa membuat keputusan adalah di tangan Kerajaan tapi Kerajaan harus berpaksikan rakyat dan ia mesti mendengar pandangan pakar dan industri sebelum membuat sebarang keputusan penting.

“Justeru, kami merayu Kerajaan Negeri agar memahami prosedur operasi industri sawkt dan menimbang semula keburukan dan kebaikan penutupan operasi ladang dan kilang sawit,” kata mereka.

Mereka juga mencadangkan Kerajaan Negeri hanya menutup ladang dan kilang sawit yang terjejas oleh Covid-19, bukan semua.

Rayuan mereka itu dibuat selepas Kerajaan Sabah mengumumkan arahan menutup operasi syarikat sawit di enam daerah — Kalabakan, Semporna, Kunak, Tawau, Lahad Datu dan Kinabatangan — sehingga 14 April.

Sementara itu di KOTA KINABALU, Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) menggesa kerajaan menyediakan subsidi 70 peratus kepada industri pelancongan untuk gaji pekerja dan sewa selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Winston Liau berkata langkah itu akan membantu industri mengatasi krisis kewangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan sejak 18 Mac.

“Industri pelancongan berdepan tiga bulan tanpa pendapatan, khususnya pada Januari. Ramai yang mengalami kerugian besar.

“Kami menganggarkan ramai pemain industri tidak dapat mengekalkan perniagaan mereka dan akan memberhentikan pekerja pada masa hadapan.

“Lihat sahaja situasinya, dari Januari hingga Jun, enam bulan tanpa pendapatan akan menyebabkan majikan menanggung perbelanjaan overhed yang besar.

“Pakej rangsangan kedua berpaksikan B40 dan M40 tidak menyelesaikan masalah jangka panjang yang dihadapi oleh seluruh industri,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau menambah, banyak negara seperti singapura dan Australia menumpukan kepada memberi subsidi 70 peratus kepada gaji pekerja.

Liau berkata jika langkah seumpamanya diambil oleh Kerajaan, ia akan meringankan bebas industri pelancongan secara berkesan.

 


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular