Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Pengagihan bantuan Pakej Rangsangan Covid-19 Sabah terus dipantau, dipercepat: Shafie
Published on: Friday, April 03, 2020
By: Larry Ralon
Text Size:

Pengagihan bantuan Pakej Rangsangan Covid-19 Sabah terus dipantau, dipercepat: Shafie
Gambar Bernama
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahkan Sabah Covid-19 Command Centre untuk terus memantau dan mempercepatkan agihan bantuan Pakej Rangsangan Covid-19 Sabah.

“Saya sendiri memantau status bantuan Pakej Rangsangan Covid-19 Sabah yang telah saya umumkan pada 25 Mac,” katanya, ketika melaporkan perkembangan pelaksanaannya pada Khamis.

Beliau berkata di bawah bantuah khas one-off RM300 diberikan kepada golongan yang terjejas teruk, seramai 20,157 orang sudah menerimanya di bawah bantuan am, membabitkan jumlah keseluruhan RM6,047,100.

Bagi golongan anak yatim, 2,197 menerima bantuan itu yang jumlah keseluruhan RM659,100 manakala 14,532 menerima bantuan untuk warga emas, kanak-kanak (ibu / bapa tungga) dan orang kelainan upaya dan pesakit kronik, membabitkan RM4,359,600.

“Kesemuanya terdapat 36,886 penerima di bawah kategori ini, yang kesemuanya berjumlah RM11,065,800,” katanya.

Mohd Shafie berkata 2,554 pelajar Sabah di 33 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Semenanjung turut menerima bantuan makanan mereka, yang membabitkan kos RM189,560, dan menambah, bantuan itu diagihkan kepada pelajar-pelajar menerusi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah dan Kuala Lumpur.

Selain itu, katanya, RM500,000 juga diberikan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk membantu pelajar-pelajarnya di kampus utama di sini dan juga kampus Labuan dan Sandakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan makanan kepada 2,076 individu dalam siasatan (PUI) di 17 pusat kuarantin di negeri ini, bernilai RM91,440.00, dan juga kepada 20 kanak-kanak di pusat kuarantin sementara untuk kanak-kanak jalanan, berjumlah RM2,354.00.

Mengenai bantuan khas one-off RM500 untuk pesakit Covid-19 atau keluarga, katanya, setakat ini 22 pesakit Covid-19 menerima bantuan masing-masing, yang membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM11,000.

Katanya, baki 118 lagi pesakit Covid-19 akan menerima bantuan mereka apabila perincian akaun bank mereka diperolehi.

Bagi pembayaran bantuan one-off RM500 kepada golongan miskin dan miskin tegar, katana, setakat ini seramai 410 orang menerima bantuan itu, membabitkan jumlah RM205,000, manakala 12,768 yang lain masih dalam proses pembayaran, membabitkan RM6,339,000.

Katanya, mengenai bantuan makanan terus kepada mereka yang terjejas Covid-19 yang disediakan menerusi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), 108,632 keluarga di 60 kerusi negeri sudah pun menerimanya, dengan jumlah bantuan makanan bernilai RM10,863,200.

“Agihan bantuan makanan masih dijalankan di seluruh negeri,” katanya.

Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri turut memberikan bantuan khas RM1 juta kepada lapan agensi barisan hadapan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Imigresen Negeri, tentera, Jabatan Kastam Negeri, Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Rela, dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Pembayaran untuk bantuan kewangan ini masih berterusan di mana sebahagian daripadanya ketika dalam proses pembayaran kepada penerima yang layak. Begitu juga dengan agihan bantuan makanan,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here