Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Penganut Katolik Sabah puji inisiatif siaran langsung misa di laman sosial
Published on: Saturday, April 04, 2020
By: Bernama
Text Size:

Penganut Katolik Sabah puji inisiatif  siaran langsung misa di laman sosial
Gambar Hiasan (Bernama)
Kota Kinabalu: Penganut Kristian Katolik di Sabah memuji inisiatif setiap paroki (gereja daerah) di negeri itu kerana menyiarkan secara langsung Misa (sembahyang mingguan) melalui laman sosial susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang perhimpunan ramai di rumah ibadat.

Sejak 14 Mac lepas iaitu sebelum PKP diumumkan, Uskup Agung John Wong dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu, telah mengumumkan penggantungan sementara semua Misa berikutan penularan wabak Covid-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selepas pengumuman itu, kebanyakan paroki di setiap daerah di Sabah mula mengambil inisiatif menyiarkan secara langsung apa-apa acara keagamaan termasuk Misa yang diadakan setiap hari Ahad di laman sosial iaitu Facebook atau Youtube.

Alex Kalidin, 37, berkata inisiatif berkenaan sangat baik khususnya ketika arahan PKP dilaksanakan.

“Saya dan isteri, serta anak-anak akan mengikuti siaran langsung melalui Facebook dan sekiranya kita terlepas siaran langsung itu kita masih boleh mengikuti siaran ulangan Misa berkenaan.

“Sebenarnya inisiatif yang diambil oleh pihak gereja ini sangat baik dan walaupun sekarang PKP dikuatkuasakan, kita tidak perlu risau untuk tidak mengikuti aktiviti gereja kerana kita dapat mengikutinya dari rumah bersama keluarga,” tambahnya yang berasal dari Ranau, dan kini menetap di Sepanggar.

Sementara itu, Boniface P Ganis, 37, penganut Katolik berasal daripada Tambunan, berkata inisiatif gereja untuk menyiarkan semua aktiviti keagamaan termasuk Misa dalam laman sosial Facebook memperlihatkan pihak gereja kini turut mengikut peredaran teknologi maklumat semasa.

“Oleh itu tidak ada alasan untuk semua penganut Katolik di Sabah melakukan sembahyang setiap hari Ahad pada PKP kerana Misa boleh diikuti melalui Facebook atau Youtube,” katanya.

Tinjauan dalam laman sosial mendapati antara gereja yang dlihat melakukan siaran langsung Misa adalah Paroki St Peter Claver di Ranau, dengan siri Cahaya Kinabalu.

Gereja Katolik di Sabah juga akan menyiarkan secara langsung melalui laman sosial bagi membolehkan penganut Kristian menghayati Jumaat Agung (Good Friday) pada 10 April ini. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here