Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


8.3 juta isi rumah, bujang terima BPN mulai esok
Published on: Sunday, April 05, 2020
By: Bernama
Text Size:

Kuala Lumpur: Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang, akan dibuat secara berperingkat mulai esok (6 April), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata, pembayaran fasa pertama itu membabitkan peruntukan sebanyak RM5.63 bilion.

“Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April ini melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM9.24 bilion, yang akan dibayar dalam dua fasa,” katanya.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan ‘scammers’ yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam, yang memerlukan bantuan Pakej Prihatin itu.

Tengku Zafrul berkata penerima disaran merujuk kepada sumber, rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka sejak 1 April hingga 30 April ini.

Sementara itu bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat, dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Selain itu penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama, seperti di Semenanjung Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan melalui nombor-nombor telefon 03-88829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565, 03-88824566, dari pukul  9 pagi hingga 5 petang pada Ahad hingga Jumaat atau pautan [email protected],  [email protected] atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) pada talian 1-800 882 747, 03-8911 1000, pada hari dan tempoh operasi sama. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here