Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Mereka turut terjejas oleh PKP 
Published on: Monday, April 06, 2020
By: Sohan Das
Text Size:

Mereka turut terjejas oleh PKP 
KEADAAN sepi di salah satu tanah perkuburan di Labuan, Sabtu lepas.
LABUAN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 bukan sahaja menjejaskan mereka yang masih hidup tetapi juga yang sudah meninggal dunia, berdasarkan apa yang dapat dilihat di tanah perkuburan orang-orang Cina yang sunyi sepi ketika hari untuk mengenang mereka yang telah tiada (All Souls Day), Sabtu lepas.

Keadaan itu pasti menyedihkan buat mereka yang sudah meninggal dunia apabila mereka tidak menerima kunjungan orang tersayang yang biasanya menghidangkan pelbagai makanan termasuk ayam panggang, daging khinzir atau buah-buahan di pusara mereka.

Perkuburan di sepanjang Jalan Rancha Rancha dan di tempat lain sunyi sepi.

All Souls Day disambut pada 4 atau 5 April oleh masyarakat Cina di Hong Kong, Macau, Taiwan, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Dikenali sebagai Ching Ming atau Quingming, ia telah menjadi perayaan tradisional Cina sejak sekian lama. Semasa acara itu, saudara mara akan datang dari jauh untuk menjalankan kewajiban menyapu dan membersihkan kuburan.

Perkuburan akan penuh sesak kerana upacara doa dan persembahan makanan, pembakaran colok, ‘wang neraka’ dan pembakaran patung kertas kereta, rumah, komputer, telefon bimbit dan barangan lain, dijalankan untuk memastikan nenek moyang mereka mempunyai kehidupan selepas mati yang selesa.

Menurut seorang ahli senior Persatuan Kwang Wei Siew, Benard KS Wong, penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac dengan sekatan jalan, pemeriksaan di terminal, kawalan perjalanan di sempadan, peraturan satu kereta satu penumpang untuk membendung penyebaran jangkitan Covid-19 telah menjadikan perjalanan tidak selesa dan ramai yang tinggal jauh.

“Malah barang-barang untuk upacara sembahyang sukar didapati kerana kebanyakan kedai ditutup.”

Beliau menambah bahawa tempoh Ching Ming tidak bermula dan berakhir pada 4 April tetapi berlangsung selama dua minggu yang akan datang.

“Mungkin ramai yang menunggu tempoh PKP selesai untuk melaksanakan kewajipan Ching Ming mereka,” katanya.

Wong berkata walaupun upacara sembahyang untuk nenek moyang boleh dilakukan di rumah, ramai yang percaya itu bukanlah upacara yang lengkap.

“Menyapu kuburan adalah bahagian penting dan mesti dilakukan dalam perayaan ini,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here