Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Safar: Semua masuk Sabah jalani saringan kesihatan
Published on: Wednesday, April 08, 2020
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Safar: Semua masuk Sabah  jalani saringan kesihatan
File photo from Bernama.
Kota Kinabalu: Setiap orang yang mendarat di Sabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menjalani saringan kesihatan di lapangan terbang atau mana-mana pintu masuk ke Sabah oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong (gambar) berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan tersebut semasa mesyuarat Pusat Perintah Covid-19 Sabah di sini, Selasa.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan memutuskan sama ada seseorang itu akan dihantar ke pusat kuarantin atau menjalani kuarantin sendiri di rumah berdasarkan keputusan saringan kesihatan tersebut.

Mengenai saluran sumbangan oleh banyak pihak, Safar berkata kerajaan negeri tahu mengenai sumbangan dan derma ikhlas daripada individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta yang diberikan secara langsung kepada barisan depan dan orang awam yang terjejas kerana pelaksanaan PKP.

“Kerajaan negeri menghargai keprihatinan dan usaha NGO-NGO, pihak swasta dan individu yang menghulurkan sumbangan.

“Bagaimanapun, kami meminta mereka menghubungi Mayor, Presiden Majlis Perbandaran atau pegawai daerah sebagai pengerusi Operasi Kawalan Bencana Alam di kawasan masing-masing yang akan menyelaraskan sumbangan-sumbangan itu,” katanya di sini, Selasa.

Safar yang juga Pengerusi Pusat Perintah Covid-19 Sabah berkata, pemeriksa kesihatan dan pegawai kesihatan yang berkhidmat di mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah adalah pegawai-pegawai yang diberikan kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bermula 21 Mac 2020.

Dengan itu, katanya, semua pemeriksa dan pegawai kesihatan mesti melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di bawah Akta sama di daerah masing-masing.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here