Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Sayuran dibenar keluar dari Kundasang: Junz
Published on: Wednesday, April 08, 2020
Text Size:

Sayuran dibenar keluar  dari Kundasang: Junz
File photo from Bernama.
Kota Kinabalu: Kerajaan memberi pengecualian untuk aktiviti mengangkut sayuran dari Kundasang ke bahagian-bahagian lain di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sejak minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Setakat ini, 148 permit melibatkan 184 kenderaan telah didaftarkan dengan pelekat pergerakan khas.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong (gambar), memaklumkan perkara itu sebagai menjawab kenyataan media oleh Ketua Unit Kg Lipasu untuk Persatuan Peladang Kawasan Kinabalu (PPK), baru-baru ini.

Jailin dilaporkan sebagai berkata “masalah itu semakin buruk kerana pemborong sayuran dari luar Kundasang tidak dibenarkan masuk. Sayur-sayuran adalah penting untuk rakyat dan pengeluaran dan jualannya mesti diteruskan.”

Junz berkata, agensi yang terlibat dalam menguatkuasakan PKP adalah Polis Diraja Malaysia, tetapi pengangkutan sayuran dari Kundasang ke Brunei, Sarawak malah Semananjung diberi pengecualian.

Junz menjelaskan bahawa di peringkat daerah Ranau/ Kundasang, semua agensi yang terlibat bekerja sama untuk memastikan petani dan pengangkut diberi bantuan.

“Kementerian saya, pejabat daerah, polis, Kementerian Kesihatan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan semua yang terlibat bekerja rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan seperti petani dan pengangkut untuk memastikan proses itu lancar. “PKP menjejaskan semua orang, termasuk petani di Kundasang. Ini tidak dapat dielakkan kerana kita perlu mengurangkan jumlah kes positif Covid-19. Tetapi kami bekerjasama rapat untuk mengurangkan kesan ke atas aktiviti penting.”

Junz berkata, beliau dimaklumkan bahawa Fama Sabah sedang memantau keadaan untuk memastikan sayur-sayuran ditanam di Kundasang sampai ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan, Kudat dan Kota Kinabalu.

“Sayuran dari Kundasang malah sampai Sarawak melalui Sindumin. Sebenarnya Fama Sabah juga telah memudahkan 45 metrik tan sayur-sayuran untuk sampai ke tempat-tempat termasuk Selayang di Selangor dan Kuala Lumpur. Tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, Junz memuji petani dan aktivis Azizul Julirin dan rakan-rakannya yang membantu pengangkutan sayur-sayuran ke Kota Kinabalu.

“Saya telah bertemu dengan Azizul Julirin yang merupakan aktivis pemuda dan petani di Kundasang. Dia dan dan rakan-rakannya telah mengangkut sayuran dari Kundasang ke Kota Kinabalu.”

“Ssiapa Jailin Nazrin yang membuat dakwaan tidak berasas itu? Adakah dia dari Kundasang dan memang seorang petani di Kundasang? Kami tidak pernah melihat dia malah penduduk tempatan tidak mengenali dia.

“Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian akan terus membenar dan memantau keadaan. Kami telah akukan ini sejak minggu pertama PKP dan kami akan terus melakukannya,” kata Junz.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here