Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Aktiviti menjaja ikan di  Safma dihenti serta-merta
Published on: Wednesday, April 08, 2020
By: Bernama
Text Size:

Aktiviti menjaja ikan di  Safma dihenti serta-merta
File photo from Bernama.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menghentikan semua aktiviti menjaja ikan di kawasan Kompleks Perikanan Lembaga Pemasaran Ikan Sabah (Safma), berkuat kuasa serta merta bermula Selasa dan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong berkata kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kesesakan yang berlaku di Kompleks Perikanan Safma pada setiap hari.

“Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan bahawa Kompleks Perikanan ini hanya digunakan untuk tujuan pemunggahan ikan dan jualan borong sahaja.

“Semua aktiviti menjaja ikan di kawasan kompleks tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP. Keputusan ini dikuatkuasakan serta merta,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Pada masa sama, Safar meminta pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan menguatkuasakan jarak sosial pelanggan yang berbaris di luar premis bank sejak Isnin lepas.

“Berlaku kesesakan di bandar atau di serata negeri sejak semalam terutama di cawangan bank. Oleh itu, saya minta orang ramai hendaklah sentiasa mengamalkan jarak sosial ketika berurusan di bank, sama ada ketika berbaris sebelum memasuki bank atau ketika berada dalam bank.

 “Orang ramai dinasihat tidak berpusu-pusu datang ke cawangan bank dan pihak bank juga disaran untuk mengehadkan bilangan pelanggan berurusan pada satu-satu masa,” katanya. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here