Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Liga Perpaduan Sabah disambung selepas krisis berakhir
Published on: Thursday, April 09, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Liga Perpaduan Sabah  disambung  selepas  krisis  berakhir
File photo from Bernama.
Kota Kinabalu: Pertandingan bola sepak Liga Perpaduan Sabah musim ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh kemudian berikutan penularan Covid-19 di negara ini dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejohanan tahunan itu dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang dan pengerusi penganjur, Edwin Jomiji dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu berkata, pertandingan itu akan disambung sebaik krisis berakhir dan PKP ditamatkan.

“Pertandingan itu telah digantung buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan PKP. Kami sudah hampir separuh jalan untuk menyelesaikan pusingan awal apabila negara kita dilanda pandemik Covid-19.

“Kami tentunya akan menyambung semula kejohanan itu selepas PKP ditamatkan dan kami menerima lampu hijau daripada pihak berkuasa berkaitan, jadi buat masa ini biar kita patuhi nasihat kerajaan untuk duduk di rumah sehingga tempoh mencabar ini berakhir.

“Kami sebenarnya berharap pusingan awal akan diselesaikan pada Julai tetapi nampaknya ia tidak akan berlaku, jadi saya harap pasukan-pasukan ynang terlibat bersabar dengan kami kerana ini bukan situasi yang kita jangkakan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Penampang atas nasihat mereka dan juga Pejabat Daerah Penampang dan Kompleks Sukan penampang atas sokongan mereka. Sementara itu, kejohanan itu yang menarik minat banyak komuniti bola sepak di seluruh Sabah dibahagikan kepada dua kategori, dengan 17 pasukan dalam kategori Super Veteran dan 15 dalam kategori Mix Veteran.

Ia bermula secara rasmi pada 19 Januari di Stadium Penampang dan perlawanan terakhir yang diadakan sebelum penangguhan adalah di antara Dabak dan Kolopis dalam saingan Kumpulan B Mix Veteran di Padang B Kompleks Sukan Penampang pada 15 Mac. – GL Oh





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here