HEADLINES :




‘Tidak mustahil Sabah ikut jejak Kedah’
Published on: Friday, May 22, 2020
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

PAPAR: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) percaya tidak mustahil sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di negeri ini sebagaimana di Kedah, baru-baru ini.

Beliau yang juga Exco Wanita Umno berkata, banyak faktor diambil kira namun paling jelas adalah kelemahan pentadbiran Parti Warisan Sabah (Warisan) yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

Menurutnya, jika pertukaran itu berlaku bukan atas dasar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ‘lompat parti’ atau pun ada faktor lain semata-mata tetapi disebabkan kegagalan nyata dari parti pemerintah.

“Tiada yang mustahil (berlaku pertukaran kerajaan di Sabah) jika diizinkan Allah SWT..apatah lagi jika kerajaan itu ditubuhkan atas dasar pengkhianatan.

“Pentadbiran kerajaan negeri begitu lemah dalam pelbagai aspek dan dan tidak menghairankan jika terdapat bantahan senyap di kalangan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

“Justeru, nasihat saya, jangan terlalu bangga atas kedudukan anda sebagai kerajaan negeri sedangkan hal pentadbiran serta kebajikan rakyat jelas terabai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Khabar angin mengatakan Sabah dijangka mengikut jejak Kedah yang bertukar kerajaan ekoran peralihan sokongan beberapa Adunnya dari Pakatan Harapan (PH) kepada Pakatan Nasional (PN).

 Jangkaan berkenaan turut mengambil kira krisis politik dan sejarah yang pernah berlaku sebelum ini terutama amalan Adun melompat parti secara beramai-ramai di negeri ini.

Ia berikutan rata-rata wakil rakyat enggan kawasan mereka tercicir daripada arus pembangunan disebabkan Sabah di bawah pentadbiran Warisan adalah negeri pembangkang.

Terdahulu, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Raden yakin ia bakal jadi kenyataan dan tidak banyak masalah untuk menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Warisan.

Perkara itu kata beliau tidak mustahil akan berlaku selepas Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa di Putrajaya selain politik Sabah cukup terkenal dengan tradisi lompat parti.


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular