HEADLINES :




Beberapa YB mahu lompat parti: Umno
Published on: Friday, May 22, 2020
Text Size:

Kota Kinabalu: Umno Sabah mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen (MP) dari parti pemerintah dalam Kerajaan Sabah pimpinan Warisan mendekati kepimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk menyatakan minat mereka menyertai mereka.

Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohd  Alamin (gambar) dari Umno berkata bertentangan dengan dakwaan sebelum ini, “bukan mereka yang didekati oleh kepimpinan PN, tapi ia adalah sebaliknya.”

“Beberapa Adun dan MP bertemu kepimpinan PN untuk mengadakan kerjasama kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Khamis.

Pemangku Ketua Bahagian Umno Kimanis itu, bagaimanapun, menolak untuk mendedahkan sebarang nama atau perincian Adun dan MP yang dimaksudkan.

“Satu lagi sebab adalah kerana mereka melihat hubungan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak rapat, jadi mereka bimbang pembangunan Sabah mungkin terjejas kerana ia pernah berlaku sebelum ini ketika Sabah ditadbir oleh parti-parti pembangkang,” katanya.

Katanya, hubungan ‘dingin’ antara kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti dapat dilihat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menunjukkan kurangkan kerja berpasukan kerana Kerajaan Sabah adalah pembangkang.

Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Datuk Loretto S Padua Jr, baru-baru ini, berkata kira-kira 16 Adun dipercayai ditemui oleh pihak-pihak tertentu agar meninggalkan parti masing-masing.

Tiada satu pun nama dalam kalangan 16 individu itu yang dibayangkan atau tular di media sosial.

Padua dipetik sebagai berkata, khabar angin itu tular di media sosial berikutan terdapat dakwaan baharu akan berlaku pertukaran Kerajaan Negeri pada Julai ini.


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular