PTI: Star Sabah akan anjur forum
Published on: Wednesday, May 27, 2020
Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah akan menganjurkan satu forum di sini bagi mendapatkan pandangan umum dan cadangan mengenai cara untuk menangani isu pendatang tanpa izin yang berlanjutan sejak sekian lama terutama di Sabah.Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) berkata masanya sudah tiba untuk pemegang taruh dan pihak berkaitan mengadakan perbincangan serta mengusahakan satu pelan jangka panjang holistik bagi menangani pendatang tanpa izin dan individu tak berdokumen di Malaysia.ADVERTISEMENT
“Bagi pendatang tanpa izin di Sabah, Star Sabah akan menganjurkan satu forum pada tahun ini selepas ketidakpastian pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
“Matlamat forum ini ialah untuk melibatkan semua pemegang taruh, pihak berkepentingan dan orang ramai bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta penyelesaian bagi menyelesaikan, jika boleh, masalah pendatang tanpa izin terutama di Sabah yang telah ditutup selama beberapa dekad,” menurutnya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata isu pendatang tanpa izin dan warga asing tanpa dokumen di Malaysia telah mendapat banyak liputan media serta mencetuskan kemarahan warganet di media sosial baru-baru ini.
“Penularan wabak Covid-19 semasa sekatan pergerakan dan sepanjang PKP dalam pelbagai fasanya telah menonjolkan masalah pendatang tanpa izin dan warga asing yang menyelinap masuk ke negara ini.ADVERTISEMENT
“Isu pendatang tanpa izin dihangatkan lagi dengan laporan pihak berkuasa polis bahawa mereka telah berjaya mencegah pendatang tanpa izin daripada dibawa masuk oleh pihak tidak bertanggungjawab di pantai timur Sabah.
“Terdapat juga laporan bahawa bot yang dipenuhi etnik Rohingya telah dihalang oleh pihak berkuasa maritim daripada mendarat di Pulau Langkawi dan bahagian barat laut Semenanjung.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata insiden itu telah mencetuskan kemarahan dan reaksi balas orang ramai terhadap warga asing di Semenanjung dan rakyat Sabah terhadap pendatang tanpa izin di negeri tersebut.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Sebarang rasa simpati kepada warga asing terutama etnik Rohingya, sama ada pelarian atau pendatang tanpa izin dari India dan Bangladesh terhakis dengan pantas susulan laporan bahawa mereka dijangkiti Covid-19 dan telah menyebabkan jangkitan berlaku dalam kalangan penduduk tempatan.
“Masalah itu diburukkan lagi oleh laporan bahawa etnik Rohingya telah membelasah penduduk tempatan termasuk anggota pasukan keselamatan yang dihantar untuk menguatkuasakan PKP di kawasan mereka. Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin NGO (badan bukan kerajaan) mereka menuntut agar kewarganegaraan diberikan kepada etnik Rohingya dengan layanan setara seperti penduduk tempatan berbangsa Melayu,” katanya.