Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


DBP diminta terus beri perhatian kepada penulis Sabah
Published on: Thursday, May 28, 2020
By: Bernama
Text Size:

DBP diminta terus beri perhatian kepada penulis Sabah
Gambar: Sumber Bernama.
Kuala Lumpur: Kerajaan pusat, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), diminta agar terus memberi perhatian kepada para penulis di Sabah dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai dataran sastera dan bahasa yang penting.

Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) Abd Naddin Shaiddin berkata ia termasuk memberi sokongan dalam bentuk dana dan tenaga untuk menggerakkan aktiviti bahasa dan sastera ke tahap lebih cemerlang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelantikan Profesor Datuk Dr Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 22 Mei lepas.

Katanya di samping mempelbagaikan aktiviti bahasa dan sastera, DBP di bawah kepimpinan Awang juga diharap dapat melantik lebih ramai munsyi dewan dari kalangan aktivis sastera, bahasa serta pendidikan di Sabah bagi memenuhi keperluan penggiat bahasa dan sastera di negeri itu. Selain itu, DBP diharap dapat mengetengahkan penulis Sabah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui program penataran.

“Sabah memiliki jumlah penulis yang ramai, berwibawa dan boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Antara mereka ialah Datuk Jasni Matlani iaitu penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2015, Datuk Dr Zaiton Ajamain, Datuk Arifin Arif, Profesor Dr Ramzah Dambul, Dr Raymond Majumah, Hasyuda Abadi, Mabulmaddin Shaiddin, Norawi Kata, Ruhaini Matdarin, Hassan Jaidin serta sederet nama lain,” katanya.

Abd Naddin berkata IPS berharap perkembangan bahasa dan sastera Melayu akan lebih giat dan hebat lagi pada masa depan.

“ … dan institusi DBP diharapkan mampu menjadi lokomotif penting terhadap kemajuan sastera dan bahasa,” kata beliau kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Rabu.

IPS, yang ditubuhkan pada 1990, kini mempunyai biro di beberapa daerah lain termasuk dua yang aktif iaitu IPS Sandakan dan IPS Kota Belud dengan 200 ahli di seluruh negeri.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here