Tarikh akhir rayuan BPN Ahad ini: LHDN
Published on: Friday, May 29, 2020
By: Bernama
Gambar Sumber Bernama
CYBERJAYA: Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei ini (2020), kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).“Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke [email protected],” menurut LHDN dalam satu kenyataan pada Khamis.ADVERTISEMENT
Pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas;
https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)_Permohonan_Baharu_Rayuan_Bantuan_Prihatin_Nasional(Kemaskini100520206pm).pdf
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui;
1) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);ADVERTISEMENT
2) HASiL Live Chat;
3) Borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas;
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;
4) Media sosial rasmi; https://www.facebook.com/LHDNM atau https://twitter.com/LHDNMofficial.