Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Bantahan anjur Unduk Ngadau wajar jadi pengajaran: Mositun
Published on: Friday, May 29, 2020
Text Size:

Bantahan anjur Unduk Ngadau wajar jadi pengajaran: Mositun
Kota Kinabalu: Bantahan orang ramai terhadap pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan  (UNK) yang baru ditunda harus menjadi pengajaran kepada Kerajaan Negeri semasa.

Bekas Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun (gambar), percaya sebarang keputusan selain penangguhan atau pembatalan acara itu tidak akan diterima oleh rakyat.

“Pengerusi jawatankuasa induk penganjur  Kaamatan Negeri, Datuk Peter Anthony, sepatutnya tahu sekarang ini bahawa adalah lebih baik untuk mendengar suara rakyat, berbanding suaranya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Mositun yang merupakan ahli seumur hidup KDCA mengulas laporan bahawa Peter telah mengumumkan penundaan pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi.

Katanya, Peter sepatutnya benar-benar mendengar suara rakyat, bukannya memberi reaksi negatif terhadap perkara itu.

“Daripada memberi gelaran yang bukan-bukan, Peter harus berterima kasih kepada mereka yang memberikan pandangan terhadap isu itu,” katannya.

Mositun menambah bahawa jika apa yang ditulis dalam sebuah blog di mana Peter merujuk beliau seperti “babun kena belacan” adalah benar, beliau takut untuk memikirkan kalau itu adalah tahap pemikiran dalam kalangan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri semasa.

“Tiada guna bagi saya untuk pergi ke tahap pemikiran seperti itu, cukup untuk saya kata bahawa perubahan keputusan yang beliau buat adalah satu pengakuan rasa bersalah di pihaknya,” kata Mositun.

Katanya, rakyat tidak bersetuju dengan Peter kerana kebimbangan utama mereka ialah pandemik Covid-19 mesti dihentikan dengan apa cara sekalipun.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kenyataan awal saya, menggesa Kerajaan Negeri membatalkan acara-acara itu,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here