Tue, 16 Apr 2024

HEADLINES :


Hantar pulang penyelesaian tunggal: PKR Sabah
Published on: Friday, May 29, 2020
Text Size:

Hantar pulang penyelesaian tunggal: PKR Sabah
Kota Kinabalu: PKR Sabah Rabu lepas mengulangi bahawa satu-satunya penyelesaian kekal kepada masalah pendatang tanpa izin di Sabah ialah untuk menghantar mereka pulang.

Naib Pengerusinya, Kenny Chua (gambar), berkata sementara ini adalah satu langkah besar-besaran bagi Kerajaan Negeri melihat kepada saiz populasi dan sensitiviti isu itu, tidak ada pilihan lain.

Beliau menegaskan bahawa keperluan untuk penyelesaian kekal menjadi semakin mendesak setiap hari melihat kepada pandemik Covid-19 yang membelenggu dunia ketika ini.

“Selama bertahun-tahun, kita bercakap mengenai masalah ini tanpa penghujung. Mungkin kita kekurangan iltizam politik. Saya tidak tahu. Tapi Covid-19 memaksa kita untuk tampil dengan penyelesaian mutlak.

“Selama ini kita bercakap mengenai mereka menjadi ancaman kepada keselamatan negeri kita. Tapi sekrang dengan ketakutan terhadap Covid-19, mereka boleh menjadi ancaman kepada kesihatan awam, malah nyawa kita sendiri.

“Jadi, dari apa yang saya nampak, kerajaan tiada pilihan lain selain menghantar mereka pulang. Benar, kita mewarisi masalah ini daripada pentadbiran lepas. Tapi marilah kita laksanakan penyelesaian mutlak, tanpa rasa takut atau memihak,” kata Chua, yang juga Pembantu Menteri Kewangan dan Adun Inanam.

Beliau juga mengulangi gesaannya agar kerajaan memperkenalkan Kad Pengenalan Sabah untuk mengenal pasti penduduk tempatan dengan pendatang tanpa izin serta mereka yang tidak memiliki dokumen.

“Kami juga tidak mahu kad pengenalan kita jatuh ke tangan mereka yang tidak sepatutnya seperti yang berlaku sejak sekian lama pada masa lalu,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa dengan jutaan daripada mereka tinggal dalam negara ini, apa yang boleh berlaku berhubung pandemik itu sangat menakutkan.

“Kita tidak boleh lagi mendiamkan isu ini dan berlagak seolah-olah ianya tidak berlaku. Mereka berada dalam kalangan kita pada jumlah yang mencecah juta. Memikirkan perkara ini membuatkan kita gerun,” katanya.

Chua juga berkata beliau sedar isu hak asasi manusia tetapi penduduk tempatan Sabah juga mempunyai hak untuk berada dalam keadaan selamat khususnya daripada musuh tidak dikenali.

“Perang kita terhadap Covid-19 dan untuk kekal selamat daripada virus ini adalah keutamaan nombor satu kita,” tegasnya.

Chua juga menggesa rakyat Sabah, Johathan Yasin, yang merupakan Menteri Dalam Negeri II, untuk menjadi peneraju dalam melaksanakan cadangan penyelesaian kekal yang beliau kemukakan.

Selasa lepas, ketua Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menggesa penyelesaian kekal kepada masalah yang sudah lama berlarutan itu.

Beliau dilaporkan sebagai berkata pandemik Covid-19 menggarisbawahi kehadiran jutaan pendatang tanpa izin dan warga asing tidak sah di Malaysia.

Jeffrey mengambil maklum bahawa simpati rakyat Malaysia terhadap nasib pelarian terhapus apabila laporan-laporan muncul mengenai mereka dijangkiti Covid-19 dan menjangkiti penduduk tempatan.

Menurutnya di Sabah, kehadiran rakyat asing diburukkan oleh dasar oleh Kerajaan Sabah pimpinan Warisan yang kelihatan memihak kepada mereka.

Selasa lepas juga, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menghantar pulang semua pendatang tanpa izin yang diuji negatif untuk Covid-19, ke negara asal masing-masing. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here