Kenapa forum mengenai PTI perlu diadakan: Jeffrey
Published on: Friday, May 29, 2020
By: Larry Ralon
Kota Kinabalu: Presiden Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar), berkata rancangannya untuk mengadakan forum mengenai pendatang tanpa izin di Sabah adalah mengambil kesempatan daripada pendirian Kerajaan Persekutuan baru dan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat di Semenanjung mengenai ancaman pendatang tanpa izin kepada negara ini.Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata forum yang akan diadakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir dan bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai bagaimana menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah, akan membantu mengetengahkan kembali keseriusan masalah yang sudah lama berlaku di Negeri ini dan juga menawarkan penyelesaian tepat untuk Kerajaan Persekutuan mengatasinya.ADVERTISEMENT
“Saya hanya menjalankan tugas sebagai pemimpin untuk mencari jalan keluar yang tepat untuk masalah pendatang tanpa izin yang berpanjangan di Sabah. Pendirian Kerajaan Persekutuan baru mengenai pendatang tanpa izin berikutan peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat di Semenanjung mengenai ancamannya memberi kegembiraan baru kepada saya untuk membangkitkan lagi isu di Sabah sehingga tindakan drastik juga diambil di Negeri ini,” katanya.
Beliau berkata ini selari dengan pendirian Kerajaan Persekutuan baru yang kini mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin di negara ini serta memperkukuh langkah-langkah untuk mencegah kemasukan mereka seperti memperhebat penguatkuasaan di sepanjang sempadan dan jalan tikus, yang juga merupakan sebahagian daripada usaha membendung Covid-19.
“Oleh itu, ketika Kerajaan Persekutuan yang baru mengumumkan akan mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin di negara ini, saya terpanggil untuk mengusulkan agar diadakan forum baharu di Sabah untuk mendapatkan maklum balas, rungutan dan cadangan daripada orang ramai mengenai apa yang sebenarnya mereka mahukan.
“Jadi, daripada melemparkan tuduhan ke atas saya dan menyalahkan saya itu ini, kita semua harus bekerjasama untuk mengambil kesempatan yang hadir di hadapan kita sekarang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di kediamannya di Tamalang Silou, Inanam, di sini pada Khamis.ADVERTISEMENT
Dr Jeffrey, yang juga ahli Parlimen Keningau, turut menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya bahawa beliau menganjurkan forum itu untuk kepentingan peribadinya, dengan mengatakan bahawa beliau melakukannya kerana tepat pada masanya dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang baru untuk memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di negara ini.
“Kerajaan Persekutuan yang baharu sekarang mengambil sikap untuk fokus kepada usaha menyelesaikan masalah ini sekarang, jadi sudah tiba waktunya bagi kita untuk membangkitkannya (masalah pendatang tanpa izin di Sabah) lagi sehingga orang di Sabah akan merasa gembira.
ADVERTISEMENT
“Saya harus melakukan sesuatu mengenainya dan kesempatan itu diberikan kepada kita sekarang,” katanya, sambil menambahkan bahawa tidak adil untuk menyalahkannya kerana tidak dapat melakukannya seperti forum sebelumnya kerana sebelum ini, beliau bukan sebahagian daripada kerajaan.
“Mereka kata kerajaan sebelum ini telah melakukan banyak perkara, termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, tetapi saya bukan sebahagian daripada kerajaan ituini. Tetapi parti pemerintah di Sabah sebelum ini merupakan sebahagian daripada kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) sebelumnya,” katanya.
Ditanya adakah beliau telah mengemukakan masalah pendatang tanpa izin di Sabah kepada Perdana Menteri, Dr Jeffrey berkata mereka telah bercakap mengenainya dan ada mentaliti terbuka di Putrajaya mengenai perkara itu ketika ini.
“Seperti isu pelarian Rohingya di Semenanjung, sebelum ini Kerajaan Persekutuan nampaknya menyambut mereka, mendorong mereka, tetapi sekarang lebih berhati-hati,” katanya.
Adun Tambunan itu juga menafikan beliau pernah menuduh pihak berkuasa di Sabah mengeluarkan kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Kerajaan Negeri, yang mengatakan beliau hanya mengatakan bahawa ia (Kerajaan Negeri saat ini) seperti memihak kepada pendatang tanpa izin.
Dalam kenyataannya sebelumnya, Dr Jeffrey berkata di Sabah, kehadiran pendatang tanpa izin diburukkan lagi oleh dasar Kerajaan Negeri dipimpin Warisan yang seperti memihak kepada mereka, sambil menambah kerajaan juga malah sehingga ke tahap menawarkan mereka sebuah pulau dan Pas Sementara Sabah, idea yang diabaikan kemudian setelah mendapat tentangan hebat.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Beliau juga berkata banyak kes kebakaran melibatkan koloni pendatang tanpa izin telah berlaku, di mana harta benda dapat diselamatkan tetapi ironinya MyKad mereka hilang dalam kebakaran itu. Bagaimanapun, insiden seperti itu dibuat susulan oleh agensi Persekutuan, seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dikerahkan untuk memproses dan menyerahkan MyKad baharu, yang diketuai oleh pemimpin Warisan.
Dasar untuk mengalu-alukan kedatangan pendatang tanpa izin ini langsung tidak dapat diterima, katanya.