Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


13 premis ditutup gagal patuhi SOP
Published on: Monday, June 01, 2020
Text Size:

13 premis ditutup gagal patuhi SOP
Kota Kinabalu: Sebanyak 13 premis awam ditutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kerana gagal mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi (gambar) berkata sebuah kedai telekomunikasi di Sandakan dan empat pasar mini, tiga gerai makanan dan minuman, dua restoran, dua gedung serbaneka dan sebuah kedai runcit di Lahad Datu diarahkan ditutup semasa pemeriksaan pada Jumaat (29 Mei).

Katanya, 13 itu adalah antara 894 premis yang diperiksa di seluruh negeri oleh Unit Inspektorat dan Perundangan jabatan terbabit dalam satu operasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain.

Menurut Christina, premis berkenaan gagal mematuhi penjarakan sosial dan Prosidur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, penurunan kes positif Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini tidak menunjukkan pandemik itu akan berakhir.

“Virus Covid-19 masih wujud dalam komuniti kerana JKNS masih merekodkan kes sporadik.

“Kami dapat melihat situasi ini (penurunan kes) adalah hasil daripada norma baharu yang diamalkan orang awam,” katanya. Tambahnya, tidak mustahil untuk koronavirus itu merebak sekali lagi jika orang ramai gagal mengamalkan norma baharu.

“Dengan itu, semua orang digesa mengamalkan norma baharu sebagai gaya hidup baharu,” katanya.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan turut menggesa semua peniaga dan orang awam agar mematuhi SOP dikenakan oleh kerajaan dalam usaha berterusan untuk menamatkan penularan Covid-19.

Sementara itu, Christina berkata setakat Jumaat, 2,779 ujian Covid-19 telah dijalankan, menjadikan jumlah kumulatif kepada 89,146 ujian dijalankan di negeri ini.

“Daripada jumlah keseluruhan ujian yang dijalankan pada 29 Mei, dua sampel positif adalah sampel ulangan,” katanya.

Tambahnya, kira-kira 7,291 individu ketika ini menjalani kuarantin di rumah manakala 1,254 lagi diletakkan dalam 48 pusat kuarantin di negeri ini.

“Daerah Tuaran melaporkan satu individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah dan surat amaran telah dikeluarkan,” katanya.

Tegas beliau, setiap orang yang diarahkan kuarantin perlu menjalani arahan itu dengan bertanggungjawab.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here