Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Sekarang masa untuk Jeffrey melakukannya: Azis Jamman
Published on: Tuesday, June 02, 2020
Text Size:

Sekarang masa untuk Jeffrey melakukannya: Azis Jamman
Kota Kinabalu: Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman (gambar), mencabar Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menghantar pulang semua penduduk tanpa negara di Sabah dengan segera sama seperti apa yang presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star) itu perjuangkan ketika masih berada dalam blok pembangkang.

Mohd Azis berkata, jika Jeffrey sebelum ini lantang mengkritik dan mendakwa kerajaan Warisan ‘mesra’ penduduk tanpa negara, “sekarang adalah masa untuk Jeffrey melaksanakan tanggungjawabnya”. Beliau juga berkata kerajaan terdahulu telah menjelaskan bahawa kesukaran utama adalah negara-negara yang sepatutnya menerima mereka, enggan melakukannya.

“Bagaimanapun, Jeffrey begitu lantang mengkritik. Justeru, beliau harus buktikan dia mampu melakukannya,” katanya.

“Jeffrey boleh bekerjasama dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin, untuk memastikan kerajaan boleh menghantar pulang orang-orang ini.”

Beliau juga mendakwa Jeffrey hanya “penuh retorik”.

“Betul, saya mungkin dianggap sebagai satu ‘kegagalan’ kerana tidak menghantar mereka pulang, jadi sekarang, saya cabar Jonathan dan Jeffrey untuk melakukannya.

“Ia bukan senang untuk dilakukan. Bukan mudah untuk kita menghantar mereka pulang kerana kedua-dua pihak perlu bersetuju mengenainya.”

Beliau menegaskan bahawa dalam usaha menangani pendatang tanpa izin, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tidak pernah berubah di mana mereka ditahan, didakwa di mahkamah dan dihantar pulang.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul apabila generasi kedua dan ketiga pelarian ini yang datang ke Sabah pada 1960-an menjadi orang tanpa negara.

“Orang-orang ini menjadi masalah kerana negara-negara seperti Filipina enggan menerima mereka dan itulah sebabnya kenapa kerajaan diterajui Warisan mengambil keputusan untuk memperkenalkan Pas Penduduk Sabah yang dicadangkan oleh Barisan Nasional (BN) tetapi menggunakan nama lain, Pas Sementara Sabah (PSS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, cadangan PSS dibatalkan disebabkan bantahan daripada pemimpin-pemimpin seperti Jeffrey yang mahu orang tanpa negara dihantar pulang ke negara asal, bukannya diberikan PSS.

“Jeffrey mempersoalkan kenapa orang-orang ini tidak ditahan, malah jika mereka ditahanpun, mereka akan ditempatkan di depoh tahanan… kita pelru mempunyai  persetujuan daripada negara lain sebelum mereka boleh pulang.”

Mengenai PSS, katanya, sekarang adalah masa untuk Jeffrey diberi taklimat bahawa pas itu sebenarnya dicadangkan oleh BN.

“Saya pasti pegawai-pegawai di Kementerian Dalam Negeri telah memberi taklimat kepada Johathan mengenai pas itu,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here