Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


240 PTI Indonesia diusir
Published on: Thursday, June 04, 2020
By: Bernama
Text Size:

240 PTI Indonesia diusir
SEBAHAGIAN daripada 240 PTI Indonesia yang dihantar pulang, pada Rabu.
TAWAU: Seramai 240 orang pendatang tanpa izin warganegara Indonesia diusir dari Sabah, untuk kembali negara asal mereka pada Rabu, dan 82 orang lagi dijangka menyusul esok.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata ia merupakan siri ke-15 dan ke-16 pengusiran melalui laut bagi tahun ini. Beliau berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan pendatang tanpa izin yang dihantar pulang dari Sabah pada tahun ini berjumlah 3,753 orang, termasuk warganegara India, Pakistan dan Vietnam, yang sebelum ini diusir oleh Jabatan Imigresen melalui jalan udara.

Katanya selaras dengan dengan situasi semasa dan ketetapan kerajaan, semua pendatang itu dimestikan menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum diusir, dan sepanjang proses itu aspek penjagaan kebersihan sentiasa diutamakan.

“Hal ini juga selari dengan protokol kesihatan yang ditetapkan kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Menurutnya jumlah pengusiran sejak tahun 1990 sehingga kini adalah 594,920.

Sementara itu Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo ketika ditemui berkata 240 warga Indonesia yang dihantar pulang melalui Terminal Feri Penumpang Tawau pada Rabu melibatkan 121 orang pada sebelah pagi dan 119 orang lagi tengah hari.

Menurutnya kesemua yang diusir sebelum ini ditahan di sekitar Tawau, Semporna, Kunak serta Kalabakan, dan dimasukkan ke Pusat Tahanan Sementara Jalan Utara Tawau, di sini, terlebih dahulu sebelum diusir.

Beliau dalam masa yang sama menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama diberikan pihak berkuasa Malaysia terhadap rakyat Indonesia di Sabah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here