Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki rogol remaja kena 26 tahun, 24 sebatan
Published on: Friday, June 05, 2020
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Lelaki rogol remaja kena 26 tahun, 24 sebatan
Gambar Pixabay untuk ilustrasi sahaja
SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun dipenjara 26 tahun dan dikenakan 24 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu lepas, kerana merogol seorang remaja.

Dia melakukan jenayah itu lima kali antara 2017 dan 2019 apabila remaja itu berumur antara 14 dan 16 tahun.

Hakim Indra Ayub menjatuhkan hukuman itu kepada Rosdi Basri, 36, selepas dia mengaku bersalah setelah kertas lima-tuduhan itu dibacakan kepadanya.

Mengikut kertas tuduhan itu, kesalahan pertama berlaku kira-kira pukul 8 pagi April 2019 di sebuah pondok sementara, di mana dia menggunakan sepanduk sebagai alas lantai di pondok di sebuah ladang di Batu 10, di sini. Kesalahan kedua berlaku pada 8 Mei 2019, sementara kesalahan ketiga pada 8 Jun 2019 dan kesalahan keempat pada 4 Julai 2019 kira-kira jam 8 pagi di lokasi sama.

Kesalahan kelima berlaku pada 25 Disember 2017, kira-kira jam 8 pagi, juga di lokasi sama.

Bagi kesalahan pertama, kedua, ketiga dan kelima, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan.

Bagi tuduhan keempat, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Bagi tuduhan kelima, tertuduh dipenjara 16 tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 16 Julai 2019, dan dikenakan lima sebatan rotan.

Bagi tuduhan pertama, Rosdi dipenjara 10 tahun (berkuat kuasa selepas hukuman penjara bagi tuduhan kelima selesai) dan dikenakan lima sebatan rotan.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh dipenjara 10 tahun (berkuat kuasa selepas hukuman penjara bagi tuduhan kelima selesai) dengan lima sebatan rotan.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh dipenjara 10 tahun (berkuat kuasa selepas hukuman bagi tuduhan kelima selesai) dengan lima sebatan rotan.

Bagi tuduhan keempat, tertuduh dipenjara lapan tahun (berkuat kuasa selepas hukuman penjara tuduhan kelima selesai) dengan empat sebatan rotan.

Hukuman penjara bagi tuduhan pertama, kedua, ketiga dan keempat berjalan secara serentak selepas hukuman penjara bagi tuduhan kelima selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto menjalankan pendakwaan.

Terdahulu dalam rayuannya, Rosdi meminta hukuman ringan kerana dia mempunyai isteri yang sedang sakit dan banyak bergantung padanya kerana tiada yang menjaganya selepas ibu bapa isterinya meninggal dunia.

Mark berkata mahkamah harus mempertimbangkan kesalahan itu adalah kesalahanberat, kepentingan awam, kesalahan itu berlaku secara meluas, impak kesalahan itu terhadap mangsa, jangka panjang perbicaraan itu dan persediaannya sebelum menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan yang akan bertindak sebagai peringatan kepada tertuduh dan sesiapa yang berniat sama, agar tidak melakukan kesalahan itu.

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 16 Julai 2019 dan lelaki itu kemudiannya ditangkap polis di sebuah rumah di kampung sama.

Mangsa dan lelaki itu yang dikenali sebagai “Botak” tidak mempunyai ikatan keluarga. Mereka berkenalan pada 2017, dan sering berjumpa dekat rumah remaja itu sebelum pergi ke kawasan getah di belakang rumah remaja itu.

Mereka kali terakhir berjumpa pada 13 Julai 2019 sebelum mangsa itu pergi ke rumah ibu saudaranya di Batu 1.5 di Sandakan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here