Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Isu pemandu mabuk: Ada pihak beri reaksi berlebihan - Ikatan
Published on: Friday, June 05, 2020
Text Size:

Isu pemandu mabuk: Ada pihak beri reaksi berlebihan - Ikatan
Kota Kinabalu: Sesetengah pihak memberi reaksi berlebihan terhadap pemandu mabuk dengan meminta larangan terhadap pembuatan, penjualan dan peminuman alkohol, kata pengerusi  Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan) Tan Sri Lee Lam Thye (gambar).“Gesaan untuk melarang alkohol serupa dengan logik melarang kereta di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

“Tanpa kereta di jalan raya, memang tidak akan ada kemalangan. Jelas sekali, ini bukan penyelesaiannya. Dengan gesaan seperti ini tidak sesuai.”

Orang ramai, katanya, hanya perlu lebih berdisiplin.

“Mereka mesti diajar untuk mengamalkan budaya meminum dengan selamat dan bertanggungjawab.

“Jika sekumpulan kawan mengunjungi bar, maka salah seorang mereka mesti dijadikan pemandu ditetapkan seperti ditentukan oleh undang-undang untuk malam itu. Pemandu ditetapkan ini tidak boleh minum alkohol.

“Ini sudah menjadi amalan di banyak negara,” katanya.

Beliau menambah, melarang penjualan minuman beralkohol mempunyai kesan negatif lanjut termasuk kerugian dari segi cukai.

“Ini tidak akan mengurangkan permintaan untuk minuman arak oleh mereka yang sudah biasa dengan minuman harian mereka.

“Sebaliknya, orang-orang ini akan mencari sumber alternatif untuk memuaskan tabiat mereka.

“Dan lazimnya, sumber alternatif ini adalah arak seludup. Ini akan membawa kepada peningkatan arak haram, yang membawa kepada masalah sosial, ekonomi dan psikologi yang lain.

“Ia juga boleh membawa kepada pembuatan dan penjualan alkohol tercemar yang sering menyebabkan keracunan alkohol, selanjutnya menyebabkan bebanan lanjut kepada sistem kesihatan awam kita.”

Apabila itu berlaku, katanya, ia juga akan diiringi peningkatan pemandu mabuk, membawa kepada situasi di mana ubatnya lebih teruk daripada penyakitnya.

“Terdapat satu lagi pertimbangan. Melarang pembuatan minuman beralkohol juga ibarat ‘marahkan pijat, kelambu dibakar’.

“Pembuatan dan penjualan arak membawa masuk hasil yang banyak untuk tabung kerajaan.

 “Jadi, marilah kita bersikap wajar dan peka. Jangan terlebih reaksi.

“Tingkatkan hukuman untuk pemandu mabuk, pinda undang-undang untuk mewajibkan pemandu ditetapkan yang tidak akan meminum alkohol dan didik orang awam mengenai tabiat selamat,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here