Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Saya tidak pernah gagal laksana tugas Adun: Osman
Published on: Friday, June 05, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Saya tidak pernah gagal laksana tugas Adun: Osman
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Osman Jamal  (gambar) menafikan tuduhan beliau gagal melaksanakan tugas selaku wakil rakyat kawasan, dan berkata cadangan supaya beliau meletak jawatan tidak wajar dikeluarkan.Menurutnya, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sejak diberi mandat mewakili Balung, malah isu infrastruktur, termasuk jambatan kayu menjadi perkara pertama diutarakannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Setahu saya, saya tidak pernah tidak menjalankan tugas sebagai YB (Yang Berhormat), malah sepanjang Januari hingga Mac lalu, 57 acara sudah saya hadiri. “Jika ada pihak yang kata saya tidak menjalankan tugas, tanya rakyat Balung,” katanya lagi, menambah waktu ini bukanlah masa untuk berpolitik, sebaliknya untuk membantu rakyat. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak tertentu agar tidak hanya menyalahkan semua orang seolah-olah “mereka menjadi malaikat, dan kita jadi syaitan”.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, pada Khamis susulan isu jambatan Ranggu, khususnya kenyataan pemimpin parti pembangkang yang memintanya meletak jawatan kerana projek itu didakwa lewat. Osman berkata, jambatan kayu berkenaan sudah lama dibina iaitu sekitar 80-an dan usaha menaik taraf menjadi jambatan konkrit merupakan projek pembangunan pertama diusahakannya bagi rakyat Balung, selaras dengan konsep Sabah Ubah. “Inilah yang dikatakan Sabah Ubah. Janganlah meludah langit dan tanpa segan menuduh kita gagal,” katanya, menambah beliau hanya membuat kenyataan isu berkenaan pada Khamis kerana menghormati bulan Syawal dan Puasa 6.

Mengulas isu jambatan itu, beliau menjelaskan ia sebenarnya tidak berlaku kelewatan, berdasarkan projek cadangan, malah jadualnya terkedepan.

“Mengikut kebiasaan, tempoh projek ini boleh siap dalam lapan bulan tetapi pelaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Covid-19 sejak Mac lalu, membantutkan perjalanan projek,” jelasnya. Katanya, pengumuman peruntukan RM600,000 dari kerajaan negeri bagi membina jambatan sementara bermakna kerajaan benar-benar serius menangani isu rakyat. Projek jambatan sementara bagi menggantikan lencongan itu dijangka akan bermula sebaik peruntukan diturunkan JKR.  Dalam pada itu, Osman menyatakan beliau tidak menyalahkan penduduk yang membuat demonstrasi aman berhubung isu jambatan Ranggu yang didakwa lewat siap kerana mungkin mereka tidak tahu perjanjian kontrak projek. “Pihak kontraktor terlibat juga tidak melanggar kontrak.. Tiada masalah. Namun, mereka yang membuat demonstrasi itu tidak tahu. “JKR sudah menjalankan tugas dengan baik sebagai pemilik jambatan. Terima kasih juga kepada kontraktor kerana menjalankan tugas mengikut skop kerja walaupun ada sedikit masalah. “Dalam mesyuarat, kita putuskan untuk mengadakan mesyuarat dua minggu sekali bagi melihat perkembangan projek. Kita juga mewujudkan kumpulan WhatsApp agar orang ramai boleh berhubung terus dengan pihak berwajib, sekiranya timbul masalah,” katanya lagi. Isu Jambatan Ranggu menjadi hangat apabila terdapat penduduk membuat demonstrasi aman kerana kecewa dan tidak berpuas hati apabila projek itu didakwa lambat siap. Mereka juga tidak berpuas hati dengan lencongan yang dibina kerana jauh, sempit dan gelap sehingga menyukarkan para pengguna. Penduduk juga mendakwa tiada perkembangan projek berlaku selepas jambatan kayu dirobohkan sejak penghujung tahun lepas kerana jentera hanya diletakkan di tepi tanpa sebarang kerja pembinaan.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here