6 lelaki lepak di pantai dikompaun RM1,000
Published on: Friday, June 05, 2020
By: Bernama
LAHAD DATU: Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan melepak tanpa tujuan di sebuah pondok di tepi Pantai Sahabat 16, Tungku, dekat sini, Rabu lepas, enam lelaki dikompaun RM1,000 setiap seorang.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata tindakan kompaun ke atas semua individu berusia antara 23 dan 28 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Desa Kencana yang menjalankan pemantauan OP Covid-19 PKPB di kawasan berkenaan pada pukul 4 petang.ADVERTISEMENT
Beliau berkata polis menjalankan pemeriksaan terhadap sekumpulan lelaki itu dan didapati kesemua mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial.
“Kesemua pesalah ini juga gagal memberikan sebab yang munasabah untuk berkumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Menurut Nasri, kesemua enam individu berkenaan dikompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang digariskan dalam PKPB.ADVERTISEMENT