Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pemimpin politik digesa bersatu tangani isu PTI
Published on: Friday, June 05, 2020
By: Nikko Fabian
Text Size:

Pemimpin politik digesa bersatu tangani isu PTI
Kota Kinabalu: Menghantar pulang pendatang tanpa izin (PTI) untuk menyelesaikan secara mutlak masalah yang sudah lama berlarutan di Sabah itu memerlukan usaha bersepadu daripada pemimpin-pemimpin Persekutuan dan Negeri, termasuk orang ramai.

Justeru, menuding jari mengenai siapa yang melakukan kerja dan yang tidak, adalah tidak wajar jika Sabah mahu mencapai matlamat dan objektif murninya.

Menyatakan pandangan dan pemerhatian peribadi beliau, Ketua Bahagian Bersatu Penampang, Datuk John Ambrose, (gambar) menggesa semua pemimpin dipilih tanpa mengira sokongan politik, bangsa, agama dan status dalam masyarakat termasuk rakyat Sabah, bersatu untuk memastikan negeri ini bebas daripada pekerja asing dan pelawat tanpa dokumen.

“Kita ada dengar idea bernas mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan itu daripada pemimpin-pemimpin dipilih dan juga dari orang biasa. Tapi jika kita tidak bertindak dalam satu suara, tiada apa akan berlaku kepada Sabah dan negara kita,” kata John.

Senator Dilantik itu juga berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk menangani masalah pendatang tanpa izin dalam negara ini kerana pemimpin-pemimpin daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri sama-sama mengakui kepada keseriusan dan kepentingan menghantar pulang orang-orang tidak dikehendaki ini ke negara asal masing-masing.

Penemuan kes-kes positif Covid-19 di tiga depot tahanan di semenanjung baru-baru ini, katanya, lebih meyakinkan pemimpin-pemimpin kita untuk mempercepatkan tindakan penghantaran pulang. Sebenarnya, kata John, pihak-pihak berkuasa berkaitan di semenanjung telah mengatur gerakan penghantaran pulang bagi rakyat Indonesia dan warga negara lain di Semenanjung Malaysia bulan ini.

Pihak berkuasa di Malaysia kini sedang berkomunikasi secara rasmi dengan pelbagai kedutaan asing untuk membuka jalan bagi kelancaran gerakan penghantaran pulang PTI ke negara asal masing-masing tanpa melanggar undang-undang dan peraturan imigresen di sini, tambahnya.

Di Sabah, kata John, pemimpin-pemimpin tempatan tanpa mengira mereka menyokong pentadbiran terdahulu atau sekrang, harus bersatu dan mencari sokongan tanpa syarat daripada kerajaan Persekutuan untuk mencapai matlamat dan objektifnya untuk menghapuskan masalah pendatang tanpa izin yang sudah lama berlarutan dan memberi ancaman bukan sahaja kepada keselamatan tetapi juga gangguan sosial pada masa hadapan, jika terus diabaikan.

John mengulangi bahwaa beliau menyokong idea Presiden Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal masing-masing.

“Saya juga percaya bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan Sabah diterajui Warisan juga bersetuju dengan idea menghapuskan masalah pendatang tanpa izin di Sabah. “Kenapa tidak bekerjasama dan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan mekanisme atau sistem terbaik untuk membantu mencapai matlamat murni kita tanpa perlu mewujudkan kesulitan yang tidak perlu kepada pemimpin-pemimpin negara penerima,” katanya sambil menambah tiada siapa dapat menafikan bahawa rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia serius dalam menangani masalah itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here